Zaida Mini Mart kedai serbaneka di Paya Pulai Temerloh yang beroperasi 16 jam sehari, dimiliki oleh muslim tempatan Encik Zaki Zamani. Mini Mart ini dibuka seawal jam 7 pagi hingga 11 malam bagi memenuhi keperluan penduduk sekitar dan terletak di lokasi yang strategik iaitu ditepi jalan utama laluan jalan lama Temerloh – Maran/Kuantan.
Keperluan Asas di Zaida Mini Mart
Zaida Mini Mart menjual barangan keperluan asas yang lengkap untuk anda sekeluarga dengan harga yang sangat berpatutan.
Sebagai ibu bapa yang bekerja, untuk membeli barang basah setiap hari pastinya sukar. Untuk pergi ke supermarket sahaja, mungkin mengambil masa yang agak lama. Kini anda tak perlu risau lagi, pelbagai jenis barangan basah boleh didapati di Zaida Mini Mart.
Zaida Mini Mart membekalkan barang basah yang segar dan baru setiap hari. Antaranya sayur-sayuran, ikan, makanan laut dan ayam segar yang diproses setiap hari, diambil dari pembekal di Kuantan. Sayur-sayuran segar juga di ambil dari penduduk kampung dan pembekal dari Cameron Highlands.
Bagi anda yang gemar membeli frozen foods seperti nugget, daging burger Ramly dan sebagainya, anda juga boleh mendapatkannya di Zaida Mini Mart.
Yang paling best, bagi anda yang teringin untuk makan kuih tapi malas nak membuatnya. Zaida Mini Mart boleh memenuhi keinginan anda. Pelbagai jenis kuih frozen dari pembekal makanan muslim boleh didapati disini.
Tidak ketinggalan juga, Zaida Mini Mart menjual pelbagai jenis kerepek yang di ambil dari pembekal di Johor.
Selain dari menjual barangan keperluan asas, Zaida Mini Mart juga menyediakan perkhidmatan bayaran bil seperti Astro, Njoi, Telekom Malaysia, TnB, dan pelbagai tambah nilai telco seperti digi, celcom, umobile, maxis, red one, tune talk dan sebagainya. Untuk mereka yang tidak sempat membuat pembayaran di Pos Laju dan sebagainya anda boleh berkunjung ke Zaida Mini Mart.
Zaida Mini Mart terletak di lokasi yang sangat strategik.
- Berhampiran Sekolah Rendah Paya Pulai, Temerloh.
- Bersebelahan dengan ayam goreng cheese terkenal di Temerloh, Bangman Fried Chicken.
- Berdekatan dengan coconut shakes paling sedap di Temerloh, Hogoh De Coco.
- Hanya 4 minit dari Hospital Besar Temerloh.
- Hanya 15-20 minit sahaja ke pusat Bandar Temerloh.
- Berdekatan dengan kedai makan yang menjadi tumpuan pengunjung seperti Mohlepak @ Mohselek, Roti Nan Afreca dan mango shakes paling sedap di Temerloh.
Reviews terbaik dari pelanggan Zaida Mini Mart!
28 reviews memberikan 5 bintang untuk Zaida Mini Mart.
Bagi penduduk sekitar Paya Pulai Temerloh, mungkin sukar untuk anda mencari barangan basah atau barang keperluan asas setiap hari. Harga barang di supermarket mungkin agak mahal atau tidak halal. Kini anda hanya perlu berkunjung ke Zaida Mini Mart.
Untuk anda yang mungkin dalam perjalanan dari Temerloh ke Kuantan atau Maran, bolehlah singgah di Zaida Mini Mart untuk membeli bekalan kudap-kudap di dalam kereta.
Jika anda mencari produk muslim yang halal dan selamat, anda wajib datang ke Zaida Mini Mart. Anda hanya perlu search Zaida Mini Mart di Google Maps.
Alamat : 390B Kedai Jalan Maran Batu, 3, Paya Pulai, 28000 Temerloh, Pahang.
Pemilik : Encik Zaki Zamani
Whatsapp: +60199235959
Emel: zakizamani5959@gmail.com