Tak tahu nak makan di mana? Orang kata, nak buat pilihan makan apa ni lebih susah dari nak pilih jodoh. Apa kata anda singgah makan di Restoran Desa Tomyam & Seafood. Pelbagai masakan Melayu dan Thai ada di sini yang pasti menepati selera anda.
Restoran Desa Tomyam & Seafood ini terletak di SS19, Subang Jaya. Selain makan di restoran atau take away, anda juga boleh membuat pesanan melalui khidmat servis penghantaran. Servis penghantaran ini boleh dilakukan di kawasan sekitar Subang Jaya, Shah Alam dan Puchong. Restoran ini juga menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai jenis majlis.
“Perghhh makanan memang sedap. Terbaik. Datang mesti kena cuba tomyam belut kedai ini” -Lana Adha
Best Seller Sup Belut
Menu yang selalu menjadi pilihan di restoran ini ialah Sup Belut, Tomyam Belut dan Buttermilk Chicken.
Tahukah anda? Belut mempunyai beberapa khasiat antaranya kaya dengan mineral, memiliki kandungan protein yang lengkap, zat besi, vitamin A dan fosforos (untuk kesihatan gigi dan tulang).
“Tomyam dia power gila..murah berbaloi”- Asyraf Rusli
Antara hidangan yang wajib dipesan di Restoran Desa Tomyam & Seafood ialah TOMYAM.
Sekali hirup kuah tomyam di Restoran Desa Tomyam, anda pasti akan terasa seperti berada di Thailand kerana kuahnya pekat, sedap dan memikat. Memang terasa kenikmatannya. Aromanya sahaja sudah cukup untuk memberi kenikmatan dalam setiap suapan anda.
“Makan ok sedap. Harga pun ok tak mahal sangat. Air jag murah. Jag besar lagi.” – Mohd Asranizam Zainol Abidin
Rata-rata pelanggan memberi jaminan jika sekali anda cuba, anda pasti akan repeat makan di sini. Ini kerana restoran ini mempunyai hidangan yang segar, sedap, dan memikat dengan harga yang berpatutan serta servis layanan yang terbaik.
Restoran ini sesuai dikunjungi seisi keluarga dengan persekitaran yang bersih dan selesa. Selain itu, aroma dan rasa masakannya pasti akan membangkitkan selera makan anda. Jika anda berada di sekitar Subang Jaya, jangan lupa singgah ke restoran ini.
“Delicious food, reasonable price, clean, comfortable place and nice staff.”- Chan Da-Xia
Pelanggan yang datang menikmati hidangan di sini bukan hanya dari kalangan kaum Melayu. Malah pelbagai kaum gemar datang ke sini bersama keluarga dan teman-teman kerana ruangan di dalam restoran ini juga sangat selesa.
Selain dari masakan yang memikat selera anda, restoran ini mempunyai tarikan dan kemudahan awam di kawasan sekeliling seperti berdekatan dengan LRT, komuter, perhentian bas dan kawasan parkir kereta yang mudah untuk di-access pada malam hari dan cuti umum. Ini memudahkan pelanggan untuk berkunjung ke restoran ini sama ada dengan kenderaan sendiri atau menggunakan pengangkutan awam.
“The best ala thai food ever in Subang Jaya SS19, don’t forget to try the green tea!” – Muhammad Aniq
Bagaimana Nak Dapatkan Makanan Dari Restoran Desa Tomyam & Seafood?
Sekiranya anda tinggal berdekatan Subang Jaya, anda boleh datang terus ke Restoran Desa Tomyam & Seafood di jalan SS19. Untuk sebarang tempahan, anda boleh terus hubungi Gerbang Maju Management & Services di talian atau WhatsApp +6019 699 0731
Juga, anda boleh emelkan sebarang pertanyaan ke gerbangmaju@gmail.com
Anda juga boleh gunakan aplikasi Grab Food atau Food Panda untuk memesan makanan.
Memang padu! Orang kata, tak malulah nak recommend kepada kawan-kawan lain. Jom!