Tekanan adalah perasaan kebimbangan dan ketegangan fizikal yang berlaku apabila permintaan atau andaian terhadap diri seseorang melebihi kemampuan individu tersebut untuk mengatasinya. Penglibatan dan peranan wanita dalam pelbagai aspek pembangunan dalam negara sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Kaum wanita turut menyumbangkan tenaga hampir dalam setiap sektor samada ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Budaya hidup masyarakat di negara ini juga sudah menerima kaum wanita sebagai penyumbang kepada ekonomi keluarga, apatah lagi dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi seperti sekarang ini.
Begitupun, wanita bekerjaya mempunyai cabaran tersendiri lebih-lebih lagi pada masa yang sama mereka memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Wanita harus sedar bahawa kesibukan mereka dalam menguruskan kerjaya haruslah diseimbangkan dengan tanggungjawab mereka dalam urusan rumahtangga.
Sebagai seorang wanita, mereka mempunyai tanggungjawab terhadap suami, anak dan majikan. Tidak diragukan lagi bahawa wanita memikul tanggungjawab yang besar di rumah suaminya. Tanggungjawab ini jauh lebih besar daripada sekadar memberikan layanan kepada suami, memberi anak-anak makan minum dan mengurus rumah. Wanita yang bergelar isteri merupakan sumber inspirasi atau faktor kemajuan suaminya.
Tentunya seorang ibu memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan satu generasi yang berkembang baik daripada aspek rohani dan jasmani. Ibu adalah insan yang paling dekat dengan anak lebih-lebih lagi dalam fasa pertama masa kanak-kanak. Dialah yang menanamkan prinsip-prinsip serta akhlak dalam diri mereka atau sebaliknya membiarkan mereka menjadi mangsa kebodohan dan penyimpangan. Masa depan anak-anak tersebut bergantung pada cara dia dibesarkan. Oleh itu ibu harus menunjukkan teladan yang baik agar anak-anaknya tidak tersalah arah.
Seseorang wanita yang bekerjaya turut mempunyai peranan sebagai seorang pekerja. Mereka seharusnya menggembeleng tenaga untuk memajukan negara. Sebagai seorang wanita bekerjaya, mereka seharusnya bersikap lebih profesional dan tidak terbawa-bawa masalah rumahtangga ke tempat kerja dan sebaliknya.
Pengurusan Masa
Menurut Dr. Yusof Al-Qardawi (1986) terdapat pepatah Arab yang menyatakan ‘pengurusan masa adalah penting bagi wanita yang bekerjaya kerana mereka perlu bijak dalam membahagikan masa antara tanggungjawab dalam kerjaya sebagai seorang pekerja dan tanggungjawab terhadap keluarga’. Ramai yang akan berasa bahawa masa berjalan begitu pantas sehinggakan 24 jam dalam sehari adalah tidak mencukupi untuk seseorang itu melaksanakan tugasan harian. Oleh itu, masa seharusnya diurus dengan lebih efektif dan efisyen agar tidak wujud pembaziran masa.
Sebagai wanita yang bekerjaya mereka seharusnya menetapkan jadual kerja. Dengan adanya jadual berkerja, akan mengelakkan pembaziran waktu dan kerja-kerja dapat diselesaikan dengan lebih terancang dan teratur. Senaraikan dan susun mengikut keutamaan walaupun senarai itu panjang, dengan adanya disiplin yang ketat pasti dapat diselesaikan.
Masa yang terhad sering membuatkan seseorang kelam-kabut. Sebagai ibu bekerjaya, lebih dari separuh hari dihabiskan di pejabat dan selepas itu menguruskan rumah tangga. Keadaan ini sudah tentu akan membuatkan wanita tesebut penat sehingga kadangkala mengabaikan urusan rumah tangga. Kemungkinan besar ibu yang bekerjaya akan menghadapi tekanan dan perubahan mood atau emosi akan berlaku sekiranya tidak ditangani lebih awal lagi.
Pengendalian Emosi Berhadapan dengan Tugas dan Keluarga
Emosi adalah ekspresi perasaan daripada naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan daripada dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara seseorang menyampaikan perasaan (Mohd Fazli Abu Bakar, 2005). Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti ekspresi muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.
Untuk menjadi pekerja yang unggul mereka seharusnya memiliki kecerdasan emosi yang tinggi (Cooper & Sawaf, 2000). Orang yang cerdas emosi mampu mengatasi konflik, menyediakan jambatan bagi melalui jurang, melihat setiap aspek positif daripada masalah, bersedia menempuh segala halangan dengan lebih cekap dan cepat daripada orang lain. Namun sebagai manusia kita memang tidak dapat lari daripada ketegangan emosi yang juga akan turut menyumbang ke arah tekanan atau stres.
Sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan berkeluarga adalah penting untuk sama-sama mengurus atau mengendalikan emosi agar dapat melancarkan perjalanan mereka sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu. Oleh itu, adalah lebih baik ketegangan emosi dapat diurus untuk mengelak diri daripada stres.
Terdapat beberapa cara yang boleh diaplikasikan oleh wanita berkerjaya dan berkeluarga agar dapat mengurus ketegangan emosi ialah kenal pasti punca ketegangan emosi. Sekiranya punca sesuatu emosi telah dikenal pasti, individu tersebut dapat mencari jalan penyelesaian masalah itu sama ada mengubah emosi yang negatif atau mengekalkan emosi yang positif.
Bersikap realistik juga merupakan salah satu kaedah yang baik dalam mengurus emosi. Mereka tidak seharusnya membebankan diri sekiranya tidak mampu. Membebankan diri untuk mencapai sesuatu yang tidak mampu hanya akan memberi kesan pada emosi diri. Mereka akan menjadi marah, sedih dan tertekan serta keadaan ini akan mengakibatkan komplikasi-komplikasi yang lain.
Selain daripada itu, pergaulan yang luas juga penting. Dengan adanya pergaulan antara rakan sekerja dan keluarga akan membolehkan mereka untuk berkongsi idea, pandangan dan juga masalah yang dihadapi. Lantaran itu, ia akan membolehkan mereka mengurus emosi dengan lebih cekap.
Memahami Stress dan Punca-punca Stress
Stress merupakan gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Ia adalah tindak balas terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang berasa takut, gelisah dan terancam. Apabila stress, badan akan menghasilkan adrenalin dan cortison yang menyebabkan jantung berdegup lebih kencang, pernafasan bertambah laju dan peningkatan tekanan darah tinggi.
Secara umumnya, tekanan atau stress disebabkan oleh faktor dalaman dan faktor luaran. Terdapat beberapa faktor dalaman seperti terlalu menginginkan yang terbaik khususnya bagi individu yang mempunyai jenis personaliti A. Apabila mereka tidak mencapainya, ia akan menjurus ke arah tekanan. Contohnya seorang ibu yang berkerja ingin memberi layanan yang terbaik untuk anak-anak dan juga suaminya namun adakalanya dia tidak dapat berbuat demikian kerana kesibukan tugas dan juga kepenatan. Ia akan menyebabkan dia berasa tertekan dan menyalahkan diri sendiri.
Selain itu, kurang keyakinan diri juga boleh menyebabkan tekanan pada diri seseorang. Misalnya, seseorang wanita yang bekerja dan berumahtangga akan berasa tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pekerja, isteri dan juga sebagai seorang ibu dengan alasan dia tidak dapat untuk melakukannya.
Faktor luaran stres pula adalah seperti ketua atau majikan di tempat kerja. Adakalanya majikan tidak memahami keadaan pekerja terutamanya pekerja wanita. Contohnya seorang pekerja wanita yang sering mengambil cuti untuk menjaga anak yang sakit akan dimarahi oleh majikan kerana tidak bertanggungjawab. Majikan gagal untuk berasa empati dan memberi pertolongan yang sewajarnya kepada pekerja tersebut.
Pasangan hidup atau suami juga merupakan salah satu faktor luaran untuk seseorang pekerja wanita mendapat stress. Suami yang tidak memahami kesibukan dan kepenatan isteri yang bekerja akan tidak membantu mereka dalam meringankan tugas – tugas harian di rumah. Isteri keluar bekerja bersama dengan suami agar ia dapat memperkukuh dan menstabilkan lagi kedudukan kewangan keluarga mereka. Namun, ada suami yang masih lagi memegang pada norma-norma yang lama iaitu tugas isteri adalah di dapur. Oleh itu kerja-kerja di rumah sepatutunya diuruskan oleh isteri walaupun selepas penat bertugas di pejabat. Keadaan ini sudah pasti akan memberi kesan yang negatif pada isteri dan juga keluarga mereka. Secara tidak langsung, ia juga boleh menjurus ke arah penceraian serta menimbulkan stres yang lebih besar.
Punca-punca berlakunya stres sering berkait-rapat. Ia perlu diatasi dengan cepat agar ia tidak memberi impak yang lebih teruk dalam kehidupan seseorang.
Stress merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Secara umumnya, stress terbahagi kepada stress jangka pendek dan stress jangka panjang.
Stress jangka pendek merupakan tindak balas spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi yang mencabar, bahaya atau menakutkan. Tahap stress biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh stress yang dialami dan bagaimana individu tersebut menangani stress tersebut.
Stress jangka panjang pula selalunya dialami oleh mereka yang menghidapi stress yang berpanjangan. Stress seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah yang berpanjangan. Punca utama stress seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain.
Bahayanya stress ini ia bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan dan mutu kerja, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat juga boleh terkena tempiasnya.
Stress jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan. Kita sering memandang ringan tentang stress namun tahukah anda ada jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh stress hingga membawa maut?
Berikut adalah antara kesan-kesan stress terhadap fizikal dan mental jika kita tidak pandai mengurus stress dengan baik:
1) Sering lupa dan susah fokus
Stress boleh menyebabkan seseorang sering lupa dan susah untuk fokus. Ini kerana apabila stress, kita sering hilang fokus untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling. Masalah ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kehidupan seharian, malahan prestasi kerja juga boleh merosot jika kita susah fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
2) Imsonia
Insomnia adalah masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stress.
Apabila stress, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa. Mereka yang menghadapi stress tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat, apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya.
3) Sakit kepala
Sakit kepala yang berpunca daripada stress juga dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal. Sakit kepala ini boleh berlaku sekali atau berulang-ulang dalam seminggu bergantung kepada tahap emosi mereka yang stress.
4) Penyakit jantung
Hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Hormon juga adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang memiliki kesan tertentu kepada aktiviti organ lain dalam tubuh.
Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan hormon dan kanser payudara. Bagaimanapun, ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan menjaga pemakanan anda. Oleh itu, hidangan makanan perlu diiringi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang.
Antara amalan pemakanan yang boleh anda lakukan adalah makan ikan yang tinggi dengan lemak Omega-3 seperti salmon dan sardin, minum teh hijau yang tinggi anti-oksida, dan gunakan lemak sihat seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit semasa memasak.
5) Sistem penghadaman terganggu
Stres yang kronik boleh mengganggu sistem penghadaman manusia. Simptom seperti mual, perut berangin, makanan susah untuk dihadam boleh jadi berpunca daripada stres. Sekiranya kita menghadapi simptom ini, pastinya kualiti kehidupan dan kesihatan terjejas.
6) Emosi tidak stabil
Emosi yang tidak stabil adalah salah satu kesan negatif yang terjadi disebabkan stres. Mereka yang menderita akibat stres tidak mampu menyelesaikan masalah walaupun ia hanyalah masalah kecil. Selain itu penderita juga akan sering rasa cemas dan mudah risau tentang perkara-perkara kecil.
Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah. Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang tidak stabil.
Sebagai wanita yang bekerjaya dan berkeluarga wajib ambil makanan tambahan untuk membantu memberi tenaga tambahan agar sentiasa aktif dan bertenaga sepanjang hari.
Ini secara tidak langsung mutu kerja di pejabat dan pengurusan rumah tangga dapat dilakukan dengan lebih baik dan teratur.
Pati Asam Kunyit ini mengandungi 13 bahan semula jadi seperti madu, delima, kurma, cekur, halia bara, kunyit dan lain lain lagi.
Keistimewaan madu lebah adalah meningkatkan jumlah sel darah merah secara tak langsung meningkatkan tahap tenaga. Bila badan bertenaga lebih mudah bagi kaum wanita untuk melakukan aktiviti seharian. Madu lebah juga mempunyai kandungan antioksidan yang membantu anda dalam mengurangi risiko jenis kanser dan penyakit jantung. Termasuk kanser payudara dan serviks yang sering menyerang wanita. Selain itu obesiti yang sering berlaku pada wanita akan memicu serangan jantung.
Bagi wanita yang bekerjaya dan mempunyai anak kecil yang masih lagi menyusu badan akan menghadapi masalah susu badan sekiranya wanita tersebut menghadapi tekanan dan badan menjadi letih dengan komitmen seharian di pejabat dan rumah. Biji halba yang terkandung dalam Pati Asam Kunyit dapat membantu kaum ibu menambahkan susu ibu secara semula jadi dan mengurangkan masalah kitaran haid tidak teratur.
Selain dari itu antara kelebihan dan manfaat yang terdapat dalam Pati Asam Kunyit adalah;
- Memulihkan tenaga
- Membuangan angin
- Atasi lenguh-lenguh dan sengal badan
- Mengurangkan bau badan
- Memcuci dalaman badan dan menyah toksin
- Melawaskan pembuangan
- Menyerikan wajah dan agen awet muda
Jom kita lihat apa kata mereka yang telah amalkan Pati Asam Kunyit ini!
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami melalui whatsapp 018 370 6954 atau boleh terus ke FB Page kami http://tipskekalmudaremaja.