Hai semua! Tengah stress ke tu cari tempat tinggal untuk bercuti, kenduri kahwin dan sebagainya. Dah google banyak tempat tapi semuanya tak best dan tak menepati keperluan anda.
Family ramai?
Ada orang tua atau budak kecil?
Perlukan privasi?
Sekarang, anda tak perlu stress dah. Sri Kota Homestay/Nur Muslim ada untuk penuhi keperluan anda!
Sri Kota Homestay
Sebuah homestay yang terletak di Kota Bharu Kelantan. Mengggunakan konsep kampung dan family friendly yang pastinya sesuai untuk penginapan seisi keluarga.
Sri Kota Homestay adalah rangkaian empat unit rumah. Setiap satunya mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk anda sekeluarga. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai atau pun bercuti bersama rakan-rakan, anda boleh lah menempah lebih dari satu unit.
Seronok kan? Tak perlu nak cari homestay lain. Sama-sama boleh duduk dalam satu rumah.
4 Unit Rumah di Sri Kota Homestay
Alif Homestay
RM170/malam : 2 bilik aircond
RM220/malam : 3 bilik aircond
Aqil Homestay
Tingkat Atas.
RM170/malam : 2 bilik aircond
RM220/malam : 3 bilik aircond
Ashraf Homestay
Tingkat Bawah.
RM170/malam : 2 bilik aircond
RM220/malam : 3 bilik aircond
Alia Homestay
Tingkat Atas.
RM280/malam : 4 bilik aircond
Rasa tertarik tak dengan Sri Kota Homestay? Keselesaan anda pastinya keutamaan kami! Anda tak perlu risau, Sri Kota Homestay berada di kawasan rukun tetangga yang pastinya selamat untuk diduduki.
Fasiliti terbaik untuk pelanggan Sri Kota Homestay!
Kami memahami keperluan anda. Nak cari homestay, yang paling penting pastilah keselesaan anda sekeluarga. Antara fasiliti di Sri Kota Homestay.
Setiap bilik tidur dilengkapi dengan kipas, aircond dan satu katil double. Lima tilam tambahan, toto dan kain selimut di setiap unit homestay.
Anda tak perlu nak bawa toto atau bantal dari rumah. Dah jimatkan ruang kereta kan?
Ruang tamu dilengkapi dengan penghawa dingin, set sofa, set televisyen (TV LCD 40″), Astro NJOI dan wifi percuma. Sambil beristirehat, anda bolehlah menonton TV bersama keluarga.
Ruang dapur pula dilengkapi dengan peralatan peti sejuk, rice cooker, pinggan mangkuk, pembakar roti dan pemanas air. Bahan dan peralatan minuman ringan juga disediakan.
Seterika dan tempat menggosok pakaian juga disediakan. Kalau anda rasa baju kotor dah banyak atau baju anda terkena kotoran yang tak disengajakan, boleh lah guna mesin basuh dan tempat menyidai kain yang tersedia.
Paling penting ruang parking kereta berbumbung disediakan!
Apa lagi yang best dengan Sri Kota Homestay?
Ok ini pastinya salah satu benda wajib yang anda cari kalau pilih homestay atau hotel semasa bercuti.
Sri Kota Homestay berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Kota Bharu! Jadi boleh dah start planning tempat mana nak terjah dulu.
- Pasar Borong Wakaf Che Yeh
- Pasar Besar Siti Khadijah
- Stadium Sultan Mohamed ke IV
- Pantai Cahaya Bulan
Dan..banyak lagi tempat menarik.
Dah shopping, berjalan mesti la perut rasa lapar kan. Jangan risau, ada pelbagai jenis kedai makan berdekatan dengan Sri Kota Homestay. Malam-malam kalau perut rasa lapar, boleh la menjengah ke kedai-kedai makan ini.
- 7 Eleven
- Macdonalds
- D’klasik Kopitiam
- Black Pepper Cafe
- Eddlee Fried Chicken
- Restoran Ikan Bakar
- Kedai Kopi Din Tokyo
- Warung Pak Mat Pulau Pisang
Bukan nak tipu. Tapi dah ramai pelanggan yang berpuas hati dengan Sri Kota Homestay!
Apa tunggu lagi? Jom booking Sri Kota Homestay sekarang!
Suasana kampung yang pastinya tenang untuk anda sekeluarga.
Hubungi Encik Hj. Mohd Raime Ahmad untuk sebarang pertanyaan.
Alamat: Lot 1531, Lorong Surau Kota 2, Kg Kota, Jalan Pintu Geng, 15100 Kota Bharu Kelantan.
Whatsapp: 0139385286
Emel: railmekota@yahoo.com
Website: Sri Kota Homestay
IG: srikota_homestay
Youtube: https://youtu.be/GhEoek8n2-M
Homestay Patuh Syariah!