Produk kecantikan dan penjagaan wajah Mary Kay memang tidak asing lagi dalam dunia kecantikan masa kini. Mula bertapak pada tahun 1963 di Dallas Texas, sehingga kini produk Mary Kay telah merentasi 35 buah negara dan melebihi 3.5 juta Beauty Consultant Mary Kay di seluruh dunia.
Apa yang membuat Mary Kay bertahan sehingga kini?
Produk Berkualiti Tinggi
Produk Mary Kay diformulasikan daripada bahan-bahan botani (pati tumbuhan semulajadi) tanpa bahan berbahaya dan telah melalui proses R&D oleh saintis yang berkaliber.
Anda tahu kan kesan produk yang mengandungi kimia berbahaya? Kita mungkin terdedah dengan pelbagai penyakit kulit termasuk organ dalaman. Jadi tersangatlah penting untuk anda mencari produk yang mempunyai kelulusan ujian makmal.
Produk Tahan Lama
Ramai yang beranggapan produk Mary Kay ni terlalu mahal, harga kayangan. Namun anda wajib tahu, setiap produk Mary Kay boleh bertahan selama 6 hingga 8 bulan bergantung kepada penggunaan. Kadang-kadang ada setengah produk boleh bertahan sehingga setahun.
Kepelbagaian Set Skincare Mary Kay
Kenapa Mary Kay mengeluarkan pelbagai set skincare? Setiap orang mempunyai masalah kulit muka yang berbeza seperti kulit muka berminyak, kering atau berjerawat. Mungkin juga sesetengah orang hanya mahu mencegah dari berlaku penuaan pada kulit muka.
Bagi membantu orang ramai, Mary Kay mula menghasilkan pelbagai jenis produk skincare dari rejim yang berbeza. Jom baca lebih lanjut beberapa set skincare dari Mary Kay yang mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah anda.
Set Youthfinity
Set skincare ini khas untuk mereka yang ingin mengelakkan penuaan pada kulit wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit dan mereka yang berumur 35 tahun ke atas dan sesuai untuk mereka yang ingin upgrade daripada Set Timewise Repair.
Set ini membantu memelihara kesihatan kulit untuk melambatkan proses penuaan seperti tekstur kulit yang tidak sekata, mempunyai garis-garis halus dan mula sagging (muka jatuh). Kulit akan nampak lebih muda 10 – 20 tahun dari usia sebenar.
Item Set Youthfinity:
– Facial Oil (RM599.00)
– Cream (RM699.00)
– Serum (RM599.00)
– Eye Cream (RM499.00)
Set Timewise Repair
Set ini juga bertindak sebagai anti penuaan. Ia membantu memperbaharui set kulit mati. Sesuai untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
Namun set ini fokus kepada masalah jeragat serta mengawal kesan penuaan pramatang. Menyasarkan sembap bawah mata, gelambir dan lingkaran mata hitam disampng menyasarkan sembap bawah mata, gelambir dan lingkaran hitam pada mata. Kulit anda akan kekal berseri, sihat dan muda.
Item Set Timewise Repair:
– Foaming Cleanser (RM127.00)
– Day Cream (RM236.00)
– Night Treatment (RM236.00)
– Advanced Lifting Serum (RM264.00)
– Eye Renewal Cream (RM189.00)
– Deep Wrinkle Filler (RM208.00)
– Facial Peel (RM292.00)
– Cellulose Mask (RM264.00)
Set Lumivie
Set ini sesuai untuk mereka yang mengalami pelbagai masalah kulit dalam satu masa. Ia akan membantu menyelesaikan masalah tona kulit tidak sekata, jeragat teruk, bintik hitam, parut jerawat atau jeragat. Disamping menguatkan, mencerahkan dan menyihatkan kulit anda.
Item Set Lumivie:
– Foaming Cleanser (RM125.00)
– Essence Water (RM129.00)
– Intensive Serum (RM264.00)
– Moisturizing Cream (RM179.00)
– Black Sheet Mask (RM245.00)
Timewise Miracle Set 3D
Untuk mereka yang baru menggunakan produk Mary Kay, anda sangat digalakkan untuk mencuba Timewise Miracle Set 3D. Set ini khas untuk mengawal kesan awal penuaan iaitu untuk mereka yang berumur 25 tahun ke atas. Ia membantu menaikkan seri wajah yang kusam seawal 4 minggu.
Set ini juga sesuai untuk mereka yang ingin upgrade daripada Set Botanial Effects.
Item Timewise Miracle set 3D:
– Cleanser (RM115.00)
– Moisture Renewing Softener (RM93.00)
– Day Cream SPF 30 (RM139.00)
– Night Cream (RM139.00)
– Eye Cream (RM135.00)
Set Botanical Effects Evo
Set ini khas untuk golongan remaja seawal usia 12 hingga 19 tahun. Ketika meningkat remaja, kulit pastinya sering berjerawat dan berminyak. Anda disarankan untuk mengamalkan set ini sebagai langkah awal dalam menjaga kulit muka. Dengan harga yang sangat berpatutan, pasti tidak susah untuk anda memiliki Set Botanical Effects Evo.
Item Botanical Effects Evo:
– Cleansing Gel (RM71.00)
– Moisturizing Gel (RM80.00)
– Moisturizing Lotion SPF 30 Sunscreen (RM61.00)
Set Botanical Effects
Berbeza dengan Set Botanical Effects Evo, set ini merupakan set asas dalam set penjagaan kulit Mary Kay. Set paling lembut sesuai untuk mereka yang baru menggunakan produk Mary Kay. Ia membantu menyihatkan semula kulit dari bahan kimia berbahaya kesan daripada produk lama yang digunakan sebelum ini.
Item Set Botanical Effects:
– Cleanse (RM68.00)
– Freshen (RM68.00)
– Hydrate (RM80.00)
– Mask (RM80.00)
Set Clearproof
Set Clearproof sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif dan berjerawat teruk. Ia membantu menyelesaikan masalah liang pori tersumbat dan kulit berminyak.
Awas! Untuk mereka yang mengalami masalah kulit muka kesan daripada bahan kimia berbahaya dari produk lain atau produk peeling skincare tidak digalakkan menggunakan set ini.
Item Set Clearproof:
– Cleanser RM90
– Blemish Control Toner (RM75.00)
– Spot Solution (RM61.00)
– Pore-Purifying Serum (RM90.00)
– Oil Free Moisturizer (RM90.00)
– Deep Cleansing Charcoal Mask (RM108.00)
Set MK Men
Satu-satunya set khas untuk lelaki yang tidak mempunyai masalah kulit muka yang teruk. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengawal penghasilan minyak.
Item Set MK Men:
– Daily Facial Wash (RM65.00)
– Eye Cream (RM80.00)
– Facial Hydrator Sunscreen SPF30 (RM106.00)
– Body Spray (RM71.00)
Sebelum menggunakan set skincare daripada Mary Kay, anda harus tahu jenis kulit dan masalah kulit yang anda hadapi. Jika tersalah skincare, ia mungkin akan membuatkan kulit anda bertambah teruk.
Jangan risau jika anda ada masalah untuk memilih set skincare yang bersesuaian. Saya Ardilla Binti Madihi, Beauty Consultant Mary Kay sedia untuk membantu anda!
Whatsapp: +60145899788
Emel: ardillamadihi@gmail.com
Awas jangan terjebak dengan produk timbang kilo atau produk yang tiada kelulusan dari makmal. Anda mungkin mendapat kesannya di kemudian hari. Cantik sekejap, sakit selamanya tidak berguna.