Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Selamat datang ke NDJ Textiles.
Kami adalah pemborong dan peruncit pelbagai jenis textiles yang terletak di No. 49 Pekan Melayu 05000 Alor Setar, Kedah. Kami telah bertapak di Malaysia sebagai pemborong dan peruncit textiles sejak lebih dari 20 tahun dahulu. Barangan yang dtawarkan adalah sangat berpatutan, hanya berharga sekitar RM28.00 hingga RM150.00.
Impian kami untuk memperluaskan perniagaan ke seluruh Malaysia. Jadi sokongan dari anda adalah sangat kami hargai untuk kami merealisasikan impian tersebut.
Sebagai pemborong dan peruncit textiles, antara koleksi utama kami adalah:
Set Perkakas Jenazah (Lelaki dan Perempuan)
NDJ Textiles adalah Pembekal Set Perkakas Jenazah lebih dari 20 tahun. Senarai item yang terdapat didalam set ini terdiri daripada:
- Kain kafan bidang 60″
- 3 bungkus kapas
- Sarung tangan getah
- Sebiji sabun
- 1 botol minyak attar/wangi
- Cendana
- Akar sintok
- Kapur barus
- Air mawar
Kain Pelikat Indonesia dan India Original Brand
NDJ Textiles hanya menjual kain pelikat yang berkualiti daripada Indonesia dan India dari pelbagai jenama terkenal. Material pula diperbuat daripada benang kapas. Anda boleh mendapatkan kain pelikat yang berjahit atau belum berjahit. Selain saiz dewasa kami juga menjual untuk saiz kanak-kanak.
Selimut
Kami hanya menjual selimut jenis bidang besar. Selain dijadikan selimut ia juga boleh dibuat cadar kerana materialnya diperbuat daripada benang kapas dan sudah pastilah ia tidak panas. Terdapat dalam dua pilihan saiz iaitu double dan single.
Set Ihram (Didatangkan dengan 2 Set)
- Set A – Sabuk Ihram + Tuala Ihram
- Set B – Sabuk Ihram + Kain Ihram Cotton Tebal
Telekung
Di NDJ Textiles telekung yang dijual adalah readymade dan homemade. Material kain pula adalah daripada jenis kain jersey dan cotton. Anda boleh membelinya secara sepasang atau berasingan.
T-shirt Pagoda Original
Bagi lelaki yang sangat sukakan t-shirt pagoda, NDJ Textiles menyediakan 3 jenis t-shirt pilihan iaitu yang berleher bulat, berbutang dihadapan atau singlet sangkut. Terdiri daripada pelbagai saiz dan yang pasti materialnya adalah dari benang kapas.
Sejadah Turki
Dengan harga yang sangat berpatutan sejadah di NDJ Textiles adalah di import dari beberapa negara Islam. Kebanyakannya adalah dari Turki. Anda boleh memilih sama ada mahukan yang tebal, standard ataupun nipis. Selain itu bagi mereka yang suka travel kami juga menyediakan sejadah yang khusus untuk muka.
Bagi anda yang ingin membeli secara borong untuk dijadikan hadiah, buah tangan atau sebagainya, dan ingin mendapatkan harga yang jauh lebih murah, NDJ Textiles adalah pilihan tepat anda.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!
Norhayati Shakina Binti Norddin
Whatsapp: +60134370887
Emel: shakinanorddin@gmail.com
Facebook: NDJ Textiles