Setiap insan mengimpikan keluarga bahagia, miliki rumah yang selesa, kerjaya yang baik dan kehidupan yang harmoni. Pendek kata semua orang mahukan kediaman sebagai tempat berlindung ibarat sebuah syurga, tempat melepaskan lelah dan berkongsi kasih sayang sesama ahli keluarga.
Setiap individu pula ada citarasa tersendiri terhadap rekabentuk rumah impian mereka. Dari rekaan luaran sehingga perhiasan dalaman rumah, dekorasi ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur dan pelbagai sudut di dalam rumah. Semuanya pasti ingin tampak berbeza dan eksklusif dan menepati jiwa penghuni rumah tersebut.
Untuk mencipta suasana dan dekorasi ruang dalam rumah tidak hanya pada rumah baru sahaja, bahkan rumah kediaman yang sekian lama diduduki juga dapat dibangkitkan dengan reka bentuk dan suasana yang baru.
Tidak perlu dinafikan lagi, kalau sudah namanya kreatif, buat apa pun mesti nampak lebih menarik. Tidak kira saiz rumah mempunyai keluasan yang kecil atau besar, tapi kalau kena gaya dan bijak memilih rekabentuk serta pandai susun atur perabot pasti akan mendapat hasil yang gempak.
Inspirasi Hidup Moden Bersama FG Electrical Service
FG Electrical Service, sebuah syarikat perkhidmatan yang diusahakan oleh Encik Mohammad Faiz yang menawarkan perkhidmatan tempahan untuk mentransformasi hiasan dalaman rumah pada perabot,kelengkapan asas, dan pendawaian untuk menjadikan ruang kediaman lebih selesa serta tampak eksklusif.
FG Electrical Service juga pakar dalam tempahan membuat kabinet dapur, almari baju, pertukangan kayu dan kerja-kerja kayu yang lain mengikut permintaan dan rekabentuk yang diingini oleh pelanggan.
Perkhidmatan yang Disediakan
- Tempahan pengubahsuaian atau binaan baru kabinet dapur, ‘wardrobe’ dan lain-lain kerja kayu.
- Menyediakan perkhidmatan kerja-kerja pendawaian di rumah kediaman, pejabat dan kilang.
- Tempahan pemasangan ‘grill’, ‘awning’ dan kerja-kerja besi dan impalan yang lain.
Kini terdapat banyak pilihan bahan untuk menghasilkan kabinet dapur, almari dan kabinet-kabinet lain di FG Electrical Service. Contohya seperti melamine, ‘3G glass’, ‘laminated high glass’, MDF ‘spray paint’, solid nyatoh dan sebagainya. Pilihan rekaan juga dapat dihasilkan mengikut tema dan citarasa pelanggan.
Sekiranya para pelanggan kurang arif dalam membuat pilihan terbaik untuk kediaman mereka, FG Electrical Service sedia membantu memberi khidmat nasihat dan cadangan yang sesuai mengikut keluasan rumah kediaman, rekabentuk pilihan dan juga warna kegemaran pelanggan.
Perkhidmatan Pendawaian
- Pendawaian elektrik rumah kediaman , pejabat , premis perniagaan dan kilang.
- Membekal , memasang dan membaiki segala permasalahan berkaitan pendawaian.
- Mengambil upah untuk pemasangan lampu dan kipas, penambahan pendawaian untuk suis baru atau lama.
- Pendawaian dan pemasangan lampu , kipas dan ‘Exzon Fan’
- Pendawaian dan pemasangan soket dan plug
- Pendawaian dan pemasangan ‘water heater’
- Pendawaian baru soket ‘aircond’ (TIADA perkhidmatan pemasangan sistem penghawa dingin – ‘aircond’)
- Pemasangan baru , alih kedudukan dan membaiki kerosakan lampu , kipas dan plug, suis, fius, MCB , suis utama dan lain-lain
- Pemeriksaan dan pemulihan menyeluruh akibat ‘blackout’
Perkhidmatan Pemasangan ‘Gril’ dan ‘Awning’
Perkhidmatan kerja-kerja melibatkan besi seperti pemasangan pagar utama, ‘autogate’, ‘awning’, ‘gril’ pintu dan tingkap mengikut permintaan dan kehendak pelanggan. Antara contoh konsep bagi ‘gril’ dan ‘awning’:
Kepercayaan Pelanggan Keutamaan Kami
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan FG Electrical Service, sila hubungi Encik Mohammad Faiz bin Mohammad Guthus di talian 010-2037637 atau melalui
Email: longway9516@gmail.com
Whatsapp: 0102037637
FG ELECTRICAL SERVICE SEDIA MEMBANTU ANDA.
RUMAHKU SYURGAKU.