Umumnya, kuih bulan lebih sinonim dengan kaum cina. Saat sambutan Chap Goh Mei atau Pesta Tanglung, terdapat banyak jualan kuih bulan di pasaran tempatan. Malangnya terdapat keraguan bagi umat islam untuk membelinya kerana was-was dengan status halal produk tersebut.
Kuih Bulan Buatan Muslim
Kini, Mama’s Hut Mooncake memperkenalkan variasi kuih bulan buatan Muslim Malaysia yang dijamin halal dan menepati citarasa setiap lapisan masyarakat.
Terdapat dua saiz kuih bulan keluaran Mama’s Hut Mooncake iaitu:
- Saiz XL – 150g
- Saiz S – 55g
Namun begitu, untuk kepuasan pelanggan Mama’s Hut Mooncake. Saiz S dijual dalam bentuk set. Setiap set mengandungi 4 biji kuih bulan.
Di Mama’s Hut Mooncake terdapat 2 jenis kuih bulan iaitu jenis Klasik (Original) dan jenis Moden dengan perisa yang lebih menyelerakan.
Menggunakan Paste Terpilih
Kuih bulan Mama’s Hut menggunakan paste dari bahan terpilih khas bagi pembuatan kuih bulan sahaja. Rasa paste asli yang kurang manis memberikan pelanggan satu kepuasan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata dalam menikmati kuih bulan keluaran Mama’ Hut ini.
Mama’s Hut Mooncake tidak menggunakan bahan pengawet, dijamin bersih dan suci. Kuih bulan Mama’s Hut juga telah mendapat pengesahan sijil halal dari Jakim.
Sepanjang tahun boleh order!
Istimewanya, kuih bulan Mama’s Hut tidak dikeluarkan secara bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun. Pihak Mama’s Hut juga menerima pre-order untuk majlis keraian atau sambutan majlis tertentu.
Bagi yang inginkan kelainan, Mama’s Hut Mooncake sangat sesuai dibuat hantaran perkahwinan, doorgift untuk majlis-majlis keraian atau sebagai hadiah kepada kawan dan saudara.
Setiap kuih bulan Mama’s Hut boleh disimpan selama 2 bulan pada suhu bilik atau dapat bertahan sehingga 6 bulan jika disimpan di dalam chiller.
Tekstur kuih bulan yang lembut, kulit kuih yang lembap dengan isi yang padat menyebabkan ramai pembeli bertukar menjadi pelanggan setia Mama’s Hut Mooncake.
Mama’s Hut mempelbagaikan warna mengikut perisa yang direka khas dan corak yang menarik dengan mengekalkan rasa asli paste yang digunakan.
Kepelbagaian dalam menghasilkan perisa yang berlainan dan enak dengan menggunakan kombinasi bahan terpilih demi memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan Mama’s Hut Mooncake dari setiap lapisan umur dan masyarakat.
Wajah-wajah gembira peminat kuih bulan!
Walaupun Mama’s Hut berinovasi dalam perisa kuih bulan moden, namun tetap berusaha mengekalkan keaslian kuih bulan dengan mengeluarkan perisa asli mengikut tradisi kaum cina di Malaysia.
Yang mana pilihan anda?
Terdapat 18 variasi paste bagi kuih bulan saiz XL dan 4 jenis set kuih bulan saiz S. Jika anda berminat untuk melakukan pembelian kuih bulan keluaran Mama’s Hut Mooncake, sila hubungi Puan Aslina Saleh.
Talian: 012-272 9901
Whatsapp: 012-272 9901
E-mail: mamashut2u@gmail.com
Mama’s Hut Mooncake juga ada menyediakan servis penghantaran bagi kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Serdang dan Balakong.
Promosi Khas untuk pelanggan terawal dari 10% – 20%