Melihat senyuman pelanggan buat kami gembira kerana kepuasan pelanggan keutamaan kami.
Padu kan penangan Zalfa Trading? Tengok saja pada riak wajah pelanggan yang tersenyum sampai ke telinga. Mana tidaknya servis Zalfa Trading memang terbaik kerana penghantaran cukai jalan yang diperbaharui dibuat sampai ke depan pintu rumah secara percuma saja.
Musim-musim wabak pandemik kita digalakkan untuk ‘stay at home’ kan? Untungnya kini anda tak perlu berebut dan beratur panjang lagi untuk perbaharui cukai jalan kerana urusan boleh dilakukan secara online (dalam talian).
‘’Servis memang ‘tip top’ sehari je tunggu, tiba-tiba dah ada yang datang depan pintu nak hantar ‘roadtax’ yang baru’’
Setiap individu perlu bijak membuat keputusan bersesuaian dengan peredaran zaman. Tambahan lagi dengan teknologi yang semakin hari semakin canggih, urusan yang melibatkan pertemuan muka-ke-muka boleh dikurangkan. Ini juga sudah tentu memudahkan dan lebih menjimatkan kos, tenaga, dan masa.
Urusan memperbaharui insuran, takaful dan cukai jalan kenderaan di pejabat-pejabat yang menyediakan perkhidmatan ini biasanya memakan masa yang lama dan anda perlu beratur serta menunggu sehinggan giliran anda dilayan oleh pegawai yang berkenaan. Tambahan pula dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda, anda perlu membuat temujanji dahulu sebelum hadir ke pejabat tersebut. Justeru, saya menyarankan pilihlah perkhidmatan yang menawarkan kebolehan berurusan secara dalam talian sebagai pilihan utama.
Kini! Usah ragu lagi Zalfa Trading merupakan pilihan yang tepat bagi menyelesaikan segala masalah berkaitan pembaharuan insuran, takaful serta cukai jalan kenderaan anda.
Dengan memilih Zalfa Trading sebagai ejen insuran, anda hanya perlu memberikan semua maklumat yang diperlukan seperti model kereta, nombor kenderaan beserta gambar geran atau polisi insuran. Setelah pembayaran selesai dibuat, pihak pengurusan akan mengendalikan semua proses pembaharuan insuran atau cukai jalan kenderaan anda.
Wujudnya Zalfa Trading sebagai ejen insuran yang mampu membantu anda yang sibuk bekerja dan susah dapat cuti tapi masih perlu mendapatkan cukai jalan yang baru dengan hanya menggunakan servis yang telah ditawarkan. Perkhidmatan yang diberikan akan memudahkan urusan pembaharuan dilakukan serta lebih menjimatkan masa kerana anda tidak perlu membuat temu janji dan memandu keluar untuk sesi temu janji.
Apakah Yang Menyebabkan Servis Zalfa Trading Menjadi Rebutan?
Ini semua kerana Zalfa Trading memperlihatkan sisi lain yang unik berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh ejen insuran lain. Di Zalfa Trading, perkhidmatan sebut harga untuk pelanggan diberikan secara percuma dalam tempoh 24 jam.
Anda sering berhadapan dengan ejen yang tidak mesra? Jangan risau pengurusan pelanggan yang ada amat mudah untuk berinteraksi memandangkan semua pekerja sememangnya berpengalaman untuk berhadapan dengan pelanggan secara dalam talian.
Paling menarik apabila Zalfa Trading turut memberi servis penghantaran insuran serta cukai jalan yang telah diperbaharui ke rumah pelanggan secara PERCUMA dan tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan.
Zalfa Trading mempunyai kelebihan yang tersendiri sehinggakan pelanggan tidak akan mencari Ejen Insuran yang lain kerana:
- Zalfa Trading menawarkan perkhidmatan pembayaran dan memeriksa saman polis.
- Setiap pelanggan yang berurusan akan menerima maklumat dengan mudah kerana setiap penerangan yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami walau hanya melalui whatsapp.
- Zalfa Trading mempunyai panel insuran berdekatan. Jadi proses pembaharuan insuran dan cukai jalan menjadi mudah dan pantas.
Dah Terpikat Nak Cuba Tapi Masih Ragu-Ragu? Lihat Saja Wajah-Wajah Gembira Pelanggan Yang Sangat Berpuas Hati
“Kami kalau nak ‘renew’ insuran ke cukai jalan ke memang Zalfa Trading sentiasa menjadi pilihan di hati’’
‘’Akak memang suka perbaharui cukai jalan kat sini sebab servis yang Zalfa Trading tawarkan memang terbaik’’
“Alhamdulillah, selalu nak perbaharui apa-apa memang datang sini sebab cawangan di Pahang memang berdekatan rumah’’
Rata-rata pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Zalfa Trading akan sentiasa datang kembali untuk mendapatkan servis yang lain. Mana tidaknya Zalfa Trading memang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk setiap pelanggan tidak kira pelanggan yang baru atau pelanggan sedia ada.
Anda boleh mendapatkan sebut harga cukai jalan anda dengan terus menghubungi Zalfa Trading. Harga dan caj yang dikenakan berbeza bergantung kepada jenis kenderaan anda.
SERVIS ZALFA TRADING TERBUKTI TERBAIK KAN?
TERUS HUBUNGI KAMI
Emel: zalfatrading@gmail.com
No. Whatsapp: +60133431326 (Puan Fatimah Binti Hamdan)
SEDIA MEMUDAHKAN INSURAN DAN TAKAFUL KENDERAAN ANDA.