Mempunyai kulit yang cantik adalah idaman setiap wanita tanpa mengira lapisan umur dan bangsa. Produk kecantikan tidak terhad kepada produk alat solek, tetapi merangkumi produk penjagaan kulit, gigi, rambut dan sebagainya. Secara umumnya, kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Malah mereka sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mendapat kulit yang cantik atau sempurna.
Di Malaysia, terdapat banyak pengeluar produk kecantikan tempatan yang murah tetapi mempunyai kesan sampingan yang tidak elok. Tanpa penyelidikan, pembuatan dan pemprosesan dari pakar kulit akan memberi kesan bahaya kepada kulit.
Sehubungan dengan itu, Meeracle mengeluarkan produk penjagaan wajah yang telah terbukti secara klinikal melalui penyelidikan dan kajian yang meluas oleh pasukan penyelidikan yang terdiri daripada pakar-pakar kecantikan dan pakar kulit.
Meeracle Jenama Kecantikan Berasaskan ‘Gemstone’
Meeracle yang mencipta fomula dari batu permata telah menjadi pilihan ramai sejak tahun 2015. Produk Meeracle dihasilkan di kilang pembuatan dan pemprosesan yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dimana kilang ini dibangunkan khusus untuk penyelidikan, pembuatan dan pemprosesan untuk produk-produk keluaran Meeracle sahaja. Produk Meeracle di daftarkan di sebuah syarikat kecantikan dan kosmetik bumiputera iaitu EDELSTEEN SDN. BHD.
Kenapa Meeracle?
Produk Meeracle yang secara khususnya memberi tumpuan kepada kecantikan dan penjagaan kulit, telah berkembang dan mempunyai rangkaian pengedar lebih 1500 di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.
Meeracle juga telah mendapat pengiktirafan dari Superbrands, sekaligus membuktikan bahawa jenama Meeracle adalah sebuah jenama yang dipercayai dan mempunyai standard yang berbeza berbanding jenama yang lain. Selain itu, Meeracle juga mendapat anugerah SEBA (SME & Entrepreneurs Business Award) dengan memenuhi pelbagai syarat seperti memperoleh pencapaian yang tinggi selama beberapa tahun dan syarikat juga perlu mempunyai sijil-sijil seperti KKM, HALAL dan lain-lain lagi.
Selaras dengan trend semasa, plan perniagaan Meeracle berada di arus modenisasi yang tidak terikat dengan stigma bahawa produk keluaran tempatan tidak mempunyai kualiti yang baik malah bahaya untuk digunakan. Serta dengan berpaksikan produk yang berkualiti, Meeracle juga sentiasa menjadi ‘trendsetter’ dan peneraju utama di dalam industri kecantikan di Malaysia.
Senarai Produk Meeracle
1)MEERACLE FACIAL SERUM
Meeracle facial serum mengandungi 21 bahan aktif yang sangat baik untuk merawat kulit wajah. Antara bahan-bahan tersebut adalah seperti Verbascum Thapsus Flower, Alpha Arbutin, Pichia Ferment Lysate Filtrate. Kepentingan serum ini adalah untuk membantu melembutkan dan melembapkan kulit, mencerahkan tona kulit, dan menganjalkan kulit.
Manfaat setiap bahan didalam serum ialah:
- LECITHIN – yang dikenali sebagai kacang soya dan berfungsi meningkatkan kelembapan kulit.
- BUNGA VERBASCUM THAPSUS – dikenali sebagai Bunga Mullein yang berfungsi memberi kecerahan kepada kulit
- PICHIA FERMENT LYSATE FILTRATE – berfungsi memperbaiki keanjalan kulit.
- ALPHA ARBUTIN – merupakan sumber utama untuk mencerahkan kulit.
2) MEERACLE FACIAL CLEANSER
Meeracle facial cleanser adalah produk pencuci wajah yang menggunakan ekstrak batu permata seperti Batu Malachite dan juga menggunakan Avocado, Aloe Vera, Teh Hijau dan Malus Domestica Fruit. Kepentingan kegunaan Meeracle facial cleanser ini adalah untuk membantu membersihkan kekotoran dan lebihan minyak pada muka serta melembapkan kulit.
Manfaat setiap bahan didalam cleanser:
- BATU MALACHITE – Berfungsi sebagai anti-oksidan dan pelindung kulit
- DAUN LIDAH BUAYA – Membantu memberi kelembapan, melembutkan kulit dan anti-penuaan.
- TEH HIJAU – Mengurangkan iritasi atau kegatalan pada kulit
- ALPUKAT – Membaikpulih kelembapan dan daya tahan yang bagus kepada kulit
- BUAH MALUS DOMESTIKA – Melambatkan penuaan dan mempunyai kesan anti-kedutan
3) MEERACLE FACE LUXURY CLEANSING MILK
Luxury Cleansing Milk merupakan pencuci solekan yang mengandungi batu Amethyst bersama dengan 7 jenis bunga daripada Pulau Jeju, air laut lava Jeju dan penapaian tebu dimana ia dapat mencuci solekan yang kalis air dengan mudah. Kepentingan cleansing milk ini ialah memudahkan proses mencuci kotoran dan solekan kalis air, menjadikan kulit lebih bersih, tidak berminyak, tidak melekit dan menjadikan kulit terasa lembut bak sutera. Luxury Cleansing Milk direka khas untuk membersih, menyegar, memberi hidrasi dan kelembutan kepada kulit. Pencuci solekan ini boleh digunakan pada wajah, mata, bibir dan badan.
Manfaat bahan dalam Meeracle face luxury cleansing milk:
- AIR LAUT LAVA JEJU – Air laut yang ditapis secara semula jadi daripada batu volkanik berliang dari Pulau Jeju yang membantu untuk memberi kelegaan dan merehatkan kulit dari sebarang solekan.
- PENAPAIAN TEBU – Membantu untuk mengekalkan kelembapan dan hidrasi kulit.
- BATU AMETHYST – Dipercayai membawa aura daripada api dan semangat, kreativiti dan kerohanian
- 7 BUNGA DARI PULAU JEJU– Gabungan daripada 7 jenis bunga iaitu Camellia, Magnolia, Centaurea, Canola, Narcissus, Cosmos dan bunga Mawar untuk melembutkan, memberi kesegaran kepada wajah dengan aroma yang menyegarkan.
4) MEERACLE FACE AMETHYST LUSTRE GEMSTONE
Amethyst Lustre Gemstone Foundation ialah foundation yang mengandungi estrak batu Amethyst yang digabungkan dengan minyak zaitun, ekstrak daun pegaga, vitamin E, dan Lesitin (khasiat daripada kacang soya). Selain itu, ia juga mempunyai SPF 30++++ yang membantu untuk melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB. Terdapat tiga jenis tona iaitu light indiant, medium stunning dan deep precious.
Kelebihan foundation ini:
- Tekstur yang ringan : Kulit akan berasa natural dan ringan semasa memakai foundation.
- Liputan medium ke full : Parut dan cela dapat ditutup walau dengan sapuan nipis.
- Kesan ‘glowing’ : Menjadikan kulit tampak lebih sihat dan natural.
- Tahan lama : Sesuai dipakai secara harian dan majlis-majlis tertentu tanpa risau.
5) MEERACLE FACE PRO FACE APPLICATOR
Oleh kerana kelembutan kepada span ini, solekan akan nampak lebih rata dan halus, juga tidak akan membuatkan solekan bercapuk. Span Pro Face Applicator ini mempunyai permukaan yang rata dan runcing dimana ia memudahkan untuk mengaplikasikan solekan di bahagian bawah mata dan bahagian hidung. Ia juga bersaiz lebih BESAR daripada span biasa yang ada di pasaran.
6) MEERACLE FACE BEAUTY DEFENDER
Bekas anti-makroba ini merupakan bekas yang sempurna untuk menyimpan Pro Face Applicator. Boleh dibawa kemana sahaja anda berada, dan bekas ini akan menjaga kondisi dan bentuk span. Juga untuk melindungi Pro Face Applicator daripada kuman. Direka khas untuk menyimpan span walaupun ia masih basah dan lembap. Fungsi lubang-lubang yang ada ialah untuk memudahkan udara berjalan dengan lancar ke dalam bekas untuk mengeringkan Pro Face Applicator anda.
7) MEERACLE UNDER THE SEA
Set penjagaan kulit baharu, Under the Sea mempunyai pelbagai khasiat dari dalam laut. Produk ini terdiri daripada:
- MOISTURIZER – Menghidrat kulit dan mengekalkan kelembapan yang kulit perlukan, penghidratan semulajadi untuk kulit, dan mengelakkan kehilangan lembapan.
- TONER – Toner berfungsi pembaharui sel kulit, mengekalkan kelembapan, dan mengimbangi tahap PH pada kulit.
- SCRUB – Scrub dapat untuk mengeluarkan kulit mati dalam masa 1-2 minit, menegangkan kulit, dan membaik pulih kelembapan yang hilang.
Terdapat 5 bahan utama Under the sea iaitu :
1) ABALONE PEARL
Abalone pearl berfungsi sebagai melambatkan proses penuaan, membaik pulih parut dan mencegah kerosakan kulit daripada cahaya matahari.
2) KOREAN ALGAE
Korean algae berfungsi melindungi kulit dari luar dan dalam, melebarkan lagi perlindungan daripada sinaran UV dan infra merah pada kulit, dan memberikan kesan lembapan yang lama.
3) MUSSEL EPSS
Mussel epss berfungsi mengekalkan kelembapan di muka, memberikan kesan lembapan dengan jangka masa yang panjang, dan mengurangkan garisan kedutan.
4) PLANKTON
Plankton berfungsi mengurangkan saiz dan warna bintik hitam di muka, serta memberikan kecerahan pada kulit.
5 ) LAMINARIA DIGITATA
Laminaria digitata berfungsi merangsang peredaran darah, dan membantu untuk menghapuskan toksin.
Kelebihan menjadi agen Meeracle
Semua wakil jualan Meeracle akan mempunyai masa yang fleksibel tanpa terikat dengan masa kerja yang tetap. Ini juga akan memberi potensi untuk memperoleh pendapatan tanpa had dan tanpa menunggu gaji pada hujung bulan.
Meeracle juga mempunyai sistem bisnes yang bersistematik berasaskan laman web yang mudah digunakan untuk memantau dan menguruskan jualan. Melalui Meeracle, setiap agen akan mempunyai keuntungan margin yang tertinggi dipasaran iaitu sehingga 60%.
Agen juga akan mendapat pengiktirafan dan mempunyai halatuju kerjaya yang jelas didalam bidang keusahawanan. Ini kerana pihak Meeracle akan memberi latihan keusahawanan serta kumpulan sokongan yang komited dan fokus yang terbaik.
Agen Meeracle akan mendapat ganjaran, dimana pemberian ganjaran ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para agen atas kesetian dan kerja keras mereka. Ganjaran yang diberikan sangat lumayan seperti pakej perlancongan ke luar negara, menaiki kapal Cruise dan banyak lagi.
Meeracle juga mempunyai strategi pemarasaran yang menarik seperti memasang billboard di sepanjang highway menghala ke utara dan selatan. Papan tanda Meeracle mempamerkan wajah-wajah agen Meeracle bukannya meletakkan wajah artis sebagai duta. Hal ini adalah untuk membuktikan agen Meeracle mampu Berjaya tanpa menumpang glamor dari duta produk.
Kempen “#Menjadi Dengan Meeracle” telah dilancarkan sejak bulan Julai tahun 2018. Meeracle memilih tagline ‘Menjadi’ ini kerana bukan sahaja produk Meeracle ‘menjadi’ dari segi keberkesaannya untuk mendapat kulit wajah yang diingini, malah ‘Menjadi’ dari segi meningkatkan pendapatan dan ekonomi ahli yang memulakan perniagaan bersama Meeracle.
Pakej Agen Meeracle
Terdapat 5 peringkat di dalam sistem wakil jualan MEERACLE iaitu :
Pakej | Butiran |
1) Pakej PEARL |
Rm448
• Keuntungan 30% • Bahan pemasaran disediakan • Kumpulan sokongan dari HQ |
2) Pakej RUBY | RM 2,000
• Keuntungan 40% • Bahan pemasaran disediakan • Boleh mengambil agen untuk pakej Pearl • Kumpulan sokongan dari HQ |
3) Pakej DIAMOND | RM 7,000
• Keuntungan 50% • Bahan pemasaran disediakan • Boleh mengambil agen untuk pakej Pearl & Ruby • Kumpulan sokongan dari HQ |
4) Pakej BLACK DIAMOND | RM 21,000
• Keuntungan 55% • Bahan pemasaran disediakan • Boleh membuat pengambilan agen untuk pakej Pearl, Ruby & Diamond • Kumpulan sokongan dari HQ |
5) Pakej MASTER STOKIS | RM 80,000
• Keuntungan 60% • Bahan pemasaran disediakan • Boleh membuat pengambilan agen untuk pakej Pearl, Ruby, Diamond & Black Diamond. • Kumpulan sokongan dari HQ |
Apa Kata Agen Meeracle?
Bagaimana cara menyertai Meeracle?
Ingin menjadi stokis, agen dan wakil jualan Meeracle sila hubungi maklumat dibawah :-
Alamat: No. KS 10 Larkin Sentral, Jalan Garuda 80350, Johor Bahru, Johor
Waktu Beroperasi: 8pagi – 8malam
No Tel: 0197224500
Email: mahanoum@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100009184336670
Instagram: https://www.instagram.com/p/CGoWSAnjf7k/?igshid=ifd1yk1ei0v1
Saya pernah cuba produk meeracle untuk sample cleanser dan serum. Memang the best, kulit muka rasa lembut dan lembab. Harga juga berpatutan serta seller yang sangat peramah. Sangat puas hati, recommend sangat untuk wanita diluar sana guna produk meeracle. InshaAllah menjadi ?.