Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional yang sangat sinonim dengan negeri pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya negeri Terengganu. Malah kebanyakan keropok lekor yang berada dipasaran dihasilkan dari negeri tersebut.
Perkataan “Lekor” bermaksud “Lingkar” dalam bahasa melayu Terengganu yang menggantikan ejaan “ar” kepada “or” di akhir suku kata. Oleh itu maksud keropok lekor ialah keropok yang berlingkar. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
Namun kini industri keropok lekor tidak hanya tertumpu di negeri Terengganu sahaja kerana kini sudah ramai pengusaha-pengusaha keropok lekor dari negeri lain telah mula menghasilkan makanan tradisional negeri Terengganu ini. Antaranya Nor Azhar Bin Mat, merupakan anak jati Perlis, mula mengusahakan Pak Ard Keropok Lekor sejak 10 tahun yang lepas.
Pak Ard Keropok Lekor
Pak Ard Keropok Lekor adalah 100% produk muslim kerana ia dikilangkan dan dibungkus sendiri oleh Pak Ard. Dihasilkan dalam 3 variasi iaitu keropok lekor jari, keropok lekor batang dan keropok keping.
Keropok Lekor Jari
Keropok Lekor Batang
Keropok Keping
Kualiti Pak Ard Keropok Lekor adalah terjamin kerana proses pembuatannya mendapat seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Perlis. Malah Pak Ard sendiri telah banyak menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan tersebut sebelum memulakan perniagaan keropok lekor.
Sama seperti kebanyakkan pengusaha lain Pak Ard Keropok Lekor juga diperbuat daripada pelbagai jenis ikan seperti ikan parang, ikan kerisi, atau ikan laut. Paling digemari adalah ikan tamban, kerana keropok yang menggunakan ikan tamban akan berasa lebih rangup bila digoreng dan lebih terasa ikannya.
Keropok lekor ini dicampurkan dengan sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.
Anda juga boleh mendapatkan stok Pak Ard Keropok Lekor yang masih fresh terus dari kilang. Kilang beroperasi setiap hari, dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan dari pukul 4.00 petang sehingga 10.00 malam. Sambil-sambil memborong anda juga boleh menikmati kesegaran Pak Ard Keropok Lekor dikilang.
Bagi penduduk sekitar Perlis anda juga boleh mendapatklan Keropok Lekor Pak Ard di pasar malam dan pasar pagi disekitar negeri Perlis.
Anda tidak perlu risau jika membeli dalam kuantiti yang banyak kerana Pak Ard Keropok Lekor boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama. Jika anda menyimpannya di dalam chiller ketahanannya adalah lebih kurang 3 ke 4 hari, namun jika disimpan di dalam peti sejuk beku mungkin bertahan sehingga sebulan.
Mari dapatkan Pak Ard Keropok Lekor kerana yang pasti..?
1. Rasa yang ‘rangup di luar dan lembut di dalam’ walaupun selepas digoreng.
2. Paling best! Tidak meletup bila digoreng.
3. Kandungan ikan yang tinggi menjadikannya sebagai makanan berprotien tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
4. Sos pencicah keropok lekor yang dibuat sendiri oleh Pak Ard, akan diberi bagi setiap pembelian keropok lekor.
5. Boleh dimakan segar sebaik sahaja direbus.
Sebagai lauk tambahan di dalam menu makanan dan dijadikan lauk sampingan yang boleh menambah selera. Tak percaya? Boleh dicuba… Atau untuk lebih moden, anda boleh makan Pak Ard Keropok Lekor bersama cheese, sos spicy Korean, keropok lekor celup tepung dan sebagainya.
Keropok lekor cheese
Keropok lekor spicy Korean
Keropok lekor celup tepung
Dijadikan seperti makanan ringan atau snack untuk kanak-kanak dengan disiram dengan sedikit sos cili. Daripada mereka membeli makanan ringan yang mengandungi perwarna dan perisa tambahan, lebih baik jamu mereka Pak Ard Keropok Lekor yang terbukti khasiatnya.
Apa tunggu lagi. Jom dapatkan Pak Ard Keropok Lekor sekarang!
Dah cuba sekali pasti nak lagi.
Hubungi saya Nor Azhar bin Mat
Whatsapp: 0194139842
Emel: keropok.ard@gmail.com
Website: https://keropokpakard.blogspot.com/