Zaman sekarang kita sering diperkenalkan dengan produk-produk yang bebas bahan kimia. Dari makanan, ubatan hinggalah produk kecantikan demi menjaga kesihatan.
Namun tahukah anda? Kesihatan itu bermula dari rumah. Udara yang bersih di rumah atau tempat kerja pastinya menjamin kesihatan yang baik.
Norwex Microfibre
Norwex memperkenalkan Norwex Microfibre, kain untuk pembersihan tanpa bahan kimia berbahaya. Ia menghilangkan hingga 99% bakteria dari permukaan. Dengan Norwex Microfibre anda boleh menjimatkan masa dan wang sambil meningkatkan kesihatan kediaman dan persekitaran anda.
Norwex Microfibre menerima sijil terkenal di dunia untuk kualiti produk yang unggul dalam Industri Tekstil iaitu produk yang diperakui OEKO-TEX (Diuji untuk bahan berbahaya)
Norwex Microfibre Best Seller
Anda rasa harga Norwex Microfiber mahal? Berbaloi ke beli? Jom baca review yang sudah saya sediakan.
Perbezaan antara Norwex Microfiber dan kain lap biasa?
Kain lap biasa menolak partikel, menyebarkan kekotoran, jelaga dan kelembapan ke celah-celah permukaan menyebabkan ia tidak bersih.
Norwex Microfiber pula mengangkat dan mengutip partikel kotoran yang kecil, kesan minyak dan kelembapan.
Mencuci tanpa menggunakan sabun?
Ya! Dengan Norwex Microfiber anda tidak perlukan sabun untuk mencuci. Hanya perlu air dan Norwex Microfiber.
Namun untuk kotoran degil atau kotoran lama masih perlukan sabun, cuma kurang sentalan untuk membersihkan kotoran tersebut.
Cara penggunaan Norwex Microfiber:
1. Guna ketika kering untuk mengelap habuk– cas elektrostatik pada kain akan mengutip dan memegang semua kotoran.
2. Guna ketika basah untuk membersih – apabila basah, kain akan menanggalkan kotoran degil dan serpihan kecil. Agen antibakteria BacLock akan meresap masuk ke dalam kain untuk bertindak dengan sifat pembersihan sendirinya.
Kenapa anda harus gunakan Norwex Microfiber?
1. Kepantasan kerja pembersihan.
Norwex Microfiber manggunakan teknologi moden. Sebagai contoh bersihkan kotoran di dapur hanya pakai air sahaja. Kesan minyak terus hilang.
Bersihkan kotoran di dalam peti sejuk dengan mudah. Sebelum ini berapa kali perlu perah air? Itupun peti ais tidak 100% bersih.
Kotoran di cermin? Selalunya kita akan pakai surat khabar. Lepas ini cuma pakai Norwex Microfiber sahaja dan yang selalu menjadi mimpi ngeri kita ialah untuk basuh periuk. Nak basuh dan sental periuk je ambil masa yang lama. Lepas ni pakai Norwex Microfiber je, cepat dan mudah. Termasuk periuk yang hitam legam.
2. Kepantasan membersihkan kain lap
Kepantasan paling nyata kerana tidak perlu gunakan sabun dan proses membersihkan kotoran pada Norwex Microfiber juga amat mudah. Basuh dengan air sahaja dan gosok-gosok. Kalau kotoran degil, rendam dengan air suam.
3. Kadar penggunaan sabun
Apakah langsung tidak pakai sabun? TIDAK SEMESTINYA. Bergantung pada jenis kotoran. Kalau kotoran baru, seperti atas meja selepas makan, memang ya tidak perlukan sabun.
Kalau kotoran degil atau lama, tetap perlukan sabun. Bila melibatkan sabun, boleh kata hampir sama saja kemampuan kain lap biasa vs Norwex. Namun Norwex Microfiber kurang sentalan.
4. Penjimatan masa dan tenaga.
Berdasarkan ulasan di atas, jelas dan nyata Norwex Microfiber ada kelebihan. Ya! Memang lebih jimat masa dan tenaga.
5. Kekerapan membasuh Norwex Microfiber
Cuba anda nilaikan kekerapan anda membersihkan kain lap. Kalau orang yang ada banyak komitmen, mungkin bukan setiap hari. Hinggakan kain lap yang banyak diperlukan dan perlukan masa untuk membasuh. Dengan Norwex Microfiber cucian menjadi lebih pantas.
“Saya pernah tinggalkan kotoran pada kain lap norwex ini, tanpa basuh. Kerana ia dikatakan ada teknologi Agen BacLock 24jam anti bakteria”.
Ya ia tiada kesan busuk, tiada kesan berlendir.
Cuma TIDAK ELOK UNTUK DIAMALKAN.
Lepas guna terus bersihkan sahaja. Sebab ia cepat dan mudah
6. Kos sabun untuk jangka masa panjang.
Kos sabun jangka masa panjang untuk 1 bulan hingga setahun dijangkakan akan berkurangan secara signifikan. Sekiranya kita menggunakan kain lap ini sepenuhnya
Ikut calculation ringkas di bawah:
Secara purata, sebulan saya peruntukkan sekitar RM20 – RM50 untuk sabun pinggan, sabun cif dapur, kloroks, spray tingkap dan make up remover. Anda ada trace perbelanjaan? Boleh agak kan setiap kali shopping.
Memandangkan kain lap Norwex ini multipurpose, kain lap lain saya simpan.
Norwex Microfiber sebagai make up remover?
Ya! Kain lap ini tidak tertumpu kepada kerja pembersihan rumah atau pejabat sahaja. Anda juga boleh gunakannya untuk membersihkan muka. Multipurpose sangat kan?
Anda rasa Norwex Microfiber ini mahal?
Ya! Sangat rugi jika anda beli harga individual untuk setiap Norwex Microfiber.
Kenapa perlu bayar mahal kalau boleh dapat yang lebih murah?
Jom dapatkan harga pakej!
Anda boleh membeli pakej-pakej di bawah mengikut keperluan anda, pastinya dengan harga yang sangat murah dan jaminan selama 2 tahun.
Masih tidak tahu pakej mana yang harus anda beli?
Apa tunggu lagi? Bertukarlah dari sabun yang mengandungi bahan kimia ke Norwex Microfiber. Ia mampu membantu anda mengubah kediaman menjadi tempat selamat. Bersama-sama kita dapat meningkatkan kualiti hidup untuk generasi akan datang.
Anda masih ragu-ragu? Hubungi saya sekarang untuk lebih pengetahuan tentang Norwex Microfiber.
Whatsapp: 01120501589
Email: pokwarr@gmail.com
Facebook: Siti Nur Erma
Instagram: kainecofriendly