Luno, RMO pertama di Malaysia mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)!
Luno merupakan platform pertukaran mata wang kripto pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan sepenuhnya daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebagai Pengendali Pasaran Yang Diiktiraf (RMO) yang sah untuk perdagangan Tukaran Aset Digital (DAX).
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Luno, Marcus Swanepoel, berkata kelulusan daripada badan pengawal seliaan seperti SC itu menunjukkan sektor kewangan yang kini mula mengadaptasikan aset digital baharu dan teknologi blockchain.
Katanya, kelebihan platform tukaran mata wang yang dikawal selia seperti itu memberikan ketelusan dalam perniagaan dan perlindungan pengguna selain menyediakan pelan tindakan menggalakkan kerjasama agensi bagi menjalankan kajian kes perintis.
Jelasnya, perdagangan mata wang kripto di platform pertukaran yang tidak sah dan tidak selamat mungkin akan menelan kesemua pelaburan anda.
Kunci utama di sini ialah perkhidmatan pertukaran yang selamat dan dipercayai oleh pelabur institusi dan individu. Pengiktirafan rasmi ini bakal menggalakkan pempelbagaian portfolio pelaburan dengan meneroka industri kripto yang semakin popular tanpa bergantung kepada pasaran saham dan bon semata-mata.
Apa yang menarik di sini ialah potensi mata wang kripto dijangka mampu menandingi emas disebabkan stok kewujudannya yang terhad. Hanya sejumlah 21 juta bitcoin yang boleh ‘dilombong’ di seluruh dunia disebabkan kekangan sistem buat masa ini.
Teknologi teras di dalam ekosistem bitcoin ini sedang memacu sistem kewangan kita dengan inovasi ‘anytime, anywhere’ yang didorong oleh aplikasi dan kebolehsuaian blockchain yang semakin luas.
Luno Mula Mendapat Tempat di Malaysia
Selepas menubuhkan cabang operasi Malaysia sejak 2015, Luno mula mendapat sambutan tinggi sehingga meletakkannya sebagai platform tukaran aset digital terbesar negara pada 2017, sebelum terbabit dalam membantu pengawal selia membentuk rang undang-undang peraturan kripto di Malaysia.
Apabila melancarkan semula perkhidmatannya pada akhir Oktober, Luno menyaksikan aktiviti dagangan aset digital lebih RM2.5 juta dalam tempoh hanya 10 hari.
Luno Malaysia kini menjadi pengendali pasaran yang pertama diiktiraf untuk menyediakan perkhidmatan, menguruskan dan menyelenggara tukaran mata wang kripto di Malaysia.
Apa itu Bitcoin? Kenapa Bitcoin?
Bitcoin ialah matawang digital pertama yang telah dilancarkan pada tahun 2009. Setakat ini, terdapat lebih kurang 700 matawang digital yang didagangkan, tetapi Bitcoin didagangkan di lebih 40 buah negara di seluruh dunia. Status matawang digital bermaksud tiada wang kertas atau duit syiling yang akan dikeluarkan oleh kerajaan, sebaliknya, wang ini akan dijana sepenuhnya oleh komputer.
Sekiranya anda membeli Bitcoin bernilai USD100 pada tahun 2011, pelaburan anda akan melambung ke USD1,295,653 menjelang 2019. Semenjak pengenalan Ethereum pada tahun 2014, aplikasi blockchain kini telah merentasi sfera wang digital. Ini termasuk bertindak sebagai platform pertukaran untuk kandungan intelek, harta benda fizikal, saham, atau apa-apa benda lain yang bernilai.
Mengapakah Bitcoin sangat popular?
Bitcoin ialah kerana faktor kepantasan wang tersebut boleh bertukar milik tanpa nama (anonymously). Urusniaga boleh dilakukan tanpa perlukan identiti terbuka, tetapi masih lagi boleh dijejak dari pangkalan data dalam talian yang dikenali sebagai blockchain.
Persepsi umum tentang Bitcoin dan matawang digital yang lain ialah berbeza dari saham ataupun bon, ia menawarkan pelabur di Malaysia peluang untuk pelaburan yang kurang berisiko dan lebih menguntungkan. Menurut laporan theSun, kebanyakan rakyat Malaysia membeli Bitcoin kerana:
- Pelaburan (44%)
- Kepantasan transaksi yang memudahkan dengan kos berpatutan (16%)
- Urusan dagangan (15%)
Kelebihan Bitcoin
1. Tidak berpusat atau tiada kadar tukaran matawang berdasarkan negara.
2. Bebas unsur campur tangan serta manipulasi pihak berkuasa seperti caj tersembunyi.
3. Penggunaannya mudah (Peer to Peer) dari satu pihak kepihak yang lain.
4. Sistem keselamatan yang tinggi “Blockchain” yang sukar digodam.
5. Mesra pengguna iaitu tiada pantauan dan kawalan dari mana-mana pihak.
6. Bebas digunakan di serata dunia.
Berbaloi ke melabur dengan Bitcoin?
Bitcoin berguna di mana transaksinya boleh berlaku di seluruh dunia. Tiada bank yang akan menidakkan transaksi anda atau mengganggu/menutup akaun anda. Secara amnya ia adalah mata wang yang menepis segala tapisan menjadikan ianya satu pembayaran melangkaui sempadan juga menyediakan cara termudah tanpa kerenah polisi kerajaan sesebuah negara.
Apa yang ditawarkan oleh Luno?
Luno secara amnya menawarkan perkhidmatan ‘pertukaran’ dan ‘dompet digital’ bagi pelaburan kripto. Ia berfungsi sebagai sebuah platform sah yang diiktiraf kerajaan untuk membeli dan menjual mata wang kripto dengan memadankan pembeli dan penjual di samping membolehkan pelabur mendeposit dan mengeluarkan mata wang tempatan.
Anda boleh melabur dalam Bitcoin dengan modal serendah RM3 sebagai permulaan. Anda boleh membeli mata wang kripto melalui 4 langkah mudah berikut iaitu mendaftar dengan Luno, sahkan identiti anda, masukkan wang ke dalam dompet Luno anda, dan beli mata wang kripto kegemaran anda. Mudah dan telus, selamat dan boleh dipercayai!
Kenapa Luno?
Luno merupakan pengendali yang dipercayai di lebih 40 negara dengan saiz keahlian (dompet digital) melebihi 3 juta pelanggan yang disokong oleh kepakaran sepasukan Luno seramai 300 lebih individu, termasuk mereka yang beroperasi di Kuala Lumpur dan hab serantau Singapura dan Cape Town.
Hanya bermodalkan RM250.00 sebagai permulaan pelaburan, anda mampu menjana pendapatan yang lebih lumayan selepas ini. Apa yang lebih menarik? Sebaik saja anda mendaftar, anda akan mendapat PERCUMA RM25.00 Bitcoin.
Jika anda mendaftarkan seorang pelabur baru, anda juga akan mendapat RM25.00 Bitcoin.
Menarik dan berbaloi kan?
Apa tunggu lagi? Inilah masa untuk membuat pelaburan sebagai simpanan di hari tua atau untuk keluarga anda.
Hubungi saya sekarang untuk sebarang pertanyaan lanjut!
Ong Chee keong
Whatsapp: +60138676378
Emel: ongck16101985@gmail.com
Website: http://www.luno.com/invite/EYD4RX
2 Comments

Tq sis for support kalu berminat bole direct wasapsaya yer
Woww, menarik. Pelaburan yang selamat dan berbaloi. Boleh dijadikan simpanan dimasa hadapan untuk keluarga tersayang. Terbaik Luno ???