Cendol Mustafa merupakan salah satu tempat makan yang sangat popular di kuantan, Pahang.

Bukan satu atau dua jenis cendol sahaja disediakan tetapi 13 jenis cendol disediakan untuk dinikmati oleh pelanggan yang datang. Antaranya ialah cendol aiskrim, cendol pulut, jagung, kacang dan macam-macam lagi. Kedai Cendol Mustafa ini telah lama bertapak disini dan 3 generasi keturunan telah menguruskan kedai cendol ini.

Bahan-bahan asas cendol ini dibuat sendiri oleh pengusaha seperti cendol dan air gula melaka. Jadi tidak hairanlah rasa cendol ini sangat sedap kerana bahan-bahan dibuat sendiri oleh pengusahanya mengikut resepi turun temurun. Cendol ini sangat sesuai dimakan di waktu cuaca panas bagi menghilangkan rasa dahaga.

Cendol Mustafa juga menjadi suplier untuk penjaja dan penjual cendol disekitarnya. Selain cendol, makanan lain menjadi pilihan pengunjung ialah mee goreng mamak, rojak ayam dan pelbagai makanan santai yang lain. Bagi mereka yang mahu makan cendol sedap jangan lupa untuk singgah ke Cendol Mustafa yang berada di sekitar bandar Kuantan, pahang.

Berikan Review kepada Bisnes Ini

Rating anda kepada bisnes ini

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Review anda disarankan sekurang-kurangnya 140 patah perkataan

Tunjukkan waktu operasi
  • Isnin11:00 AM - 07:00 PM
  • Selasa11:00 AM - 07:00 PM
  • Rabu11:00 AM - 07:00 PM
  • Khamis11:00 AM - 07:00 PM
  • Jumaat11:00 AM - 07:00 PM
  • Sabtu11:00 AM - 07:00 PM
  • Ahad11:00 AM - 07:00 PM

Your request has been submitted successfully.

building Anda bekerja atau pemilik bisnes ini? Tuntut Sekarang! Tuntut Sekarang!

Claim This Listing

error: Content is protected !!