1. Kekabu merupakan gentian semulajadi alam. Kekabu bukannya gentian sintetik ciptaan manusia seperti poliyester yang terbatas keupayaannya.
2. Isian berasaskan kekabu lebih nyaman kerana ia tidak menyimpan haba. Penggunaan bantal dan tilam kekabu tidak panas walaupun cuaca panas. Menjadikan tidur lebih nyenyak dan tidak berpeluh.
3. Kekabu sangat lembut dan mudah digebukan semula. Caranya ialah dengan menjemur bantal atau tilam kekabu di bawah sinaran matahari, kemudian ditepuk-tepuk dengan tapak tangan atau dipukul dengan kayu.
4. Produk berasaskan kekabu sangat tahan lama, mungkin melebihi 20 tahun. Contohnya dirumah-rumah nenek moyang kita masih ada bantal kekabu lama yang masih digunakan. Produk kekabu juga sesuai digunakan oleh semua lapisan umur dari bayi sehingga orang dewasa.
5. Tilam kekabu sangat baik untuk sokongan dan pembentukan tulang belakang. Bayi yang tidur atas tilam kekabu akan cantik postur badannya malah akan lebih cergas dan sihat kerana memiliki tulang belakang yang sempurna. Tapi sekarang para ibu cenderung membeli tilam bergentian sintetik kerana lembut. Untuk makluman juga, kelembutan tidak sesuai untuk pembentukan tulang belakang.
6. Kekabu tahan rintang terhadap serangan serangga seperti pijat dan bakteria Serangga dan kulat tidak sesuai hidup dalam kekabu kerana tiada kelembapan pada kekabu.
7. Kekabu bersifat tidak toksik kerana tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Maka kekabu tidak memberikan kesan sampingan yang negatif kepada si penggunanya.
8. Kekabu adalah ringan iaitu 7 kali kurang tumpat daripada kapas serta mudah dijaga dan menjimatkan untuk tempoh jangka panjang
Produk keluaran iRiszma Collection adalah sepenuhnya kekabu asli gred A yang telah diproses sepenuhnya daripada buah kekabu untuk dijadikan kekabu tanpa sebarang bendasing atau campuran isian lain
Produk berasaskan kekabu sangat selesa kerana isian kekabu sendiri tidak menyimpan haba. Maka produk kekabu seperti tilam atau bantal kekabu tidak panas. Kekabu juga tahan rintang terhadap serangan serangga seperti pijat dan bakteria sebab itu serangga dan kulat tidak sesuai hidup dalam kekabu kerana tiada kelembapan pada kekabu. Yang paling best Kekabu bersifat tidak toksik kerana tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Maka tiada kesan sampingan yang negatif kepada pengguna produk kekabu
Kekabu adalah ringan iaitu 7 kali kurang tumpat daripada kapas. Kekabu gred A lebih ringan berbanding gred B yang lebih berat kerana gred A kekabu yang berkualiti tinggi dan tiada campuran sebarang bendasing asing atau campuran isian lain.
Sangat mudah dan senang menjaga produk-produk berasaskan kekabu asli. Kekabu lembut dan mudah digebukan semula. Caranya ialah hanya dengan menjemur tilam@bantal kekabu di bawah terik sinaran matahari untuk membuang habuk kekabu dan menggebukan semula isian kekabu.
Produk berasaskan kekabu tahan lama sehingga bertahun-tahun boleh digunapakai. Produk kekabu sudah menjadi produk warisan dan bergenerasi sehingga ke hari ini. Produk berasaskan kekabu tahan lama, mungkin boleh menjangkau 20 tahun atau lebih. Isian kekabu masih boleh digunapakai walaupun bertahun-tahun digunakan hanya dengan menukar sarung yang asal ke sarung yang baru sahaja, Ada lebihan kekabu baru hanya tambahkan semula isian kekabu sahaja