Menjadi cantik adalah idaman setiap wanita di muka bumi ini. Pelbagai cara pasti dilakukan oleh wanita tanpa mengira peringkat umur untuk sentiasa kelihatan cantik agar lebih berkeyakinan ketika berhadapan dengan orang lain. Namun cantik adalah perkara subjektif bagi setiap orang. Ada yang berpendapat cantik itu apabila seseorang itu pandai memilih jenis pakaian mengikut bentuk badan, cara pembawakan diri, dan cara bercakap. Warna kulit juga boleh menjadi faktor seseorang itu dikatakan cantik.
Terdapat sesetengah wanita khususnya di Malaysia mengatakan memiliki kulit yang putih mulus itu adalah cantik. Perasaan malu untuk berhadapan dengan orang ramai apabila warna kulit gelap juga menjadikan seseorang itu berusaha untuk memutihkan kulit mereka. Hal ini kerana kulit adalah organ yang terbesar dalam anggota tubuh kita. Fungsinya juga untuk menutup organ-organ lain dalam tubuh badan kita. Jenis dan warna kulit setiap orang mempunyai kecantikan tersendiri. Namun segelintir wanita sangat mengidamkan kulit yang putih berseri agar sentiasa kelihatan cantik dan berkeyakinan tinggi. Justeru itu untuk menutupi segala kekurangan, warna kulit juga sangatlah penting dalam membentuk keyakinan sesetengah manusia. Pelbagai cara pasti diusahakan untuk mendapatkan warna kulit yang diidamkan.
Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk memutihkan kulit. Antaranya ialah melalui penyuntikan vitamin tertentu atau mengambil makanan tambahan. Ia juga boleh dilakukan dengan menggunakan produk mandian yang mampu memutihkan badan tetapi kurang efektif. Namun tidak semua wanita berani menanggung risiko rawatan yang dinyatakan. Sesetengah wanita takut untuk mengambil suntikan pemutih kerana khuatir akan bahan yang digunakan. Oleh itu sesetengah wanita mengambil langkah dengan melakukan rawatan asas sahaja. Rawatan asas akan melibatkan proses pembersihan, menggosok ataupun dikenali sebagai scrub. Proses ini dipanggil body bleaching. Che Wani juga menyediakan set Body Bleaching untuk rawatan mencerahkan kulit.
Ciri Ciri Produk
Set body Bleaching digunakan sebagai set Scrub pada kulit wajah dan badan. Boleh digunakan pada seluruh badan dan sangat sesuai untuk kawasan celahan dan lipatan seperti ketiak dan leher. Set body bleaching ini mampu menyediakan produk pemutih paling berkesan. Antara produk yang terdapat dalam set body bleaching ini ialah 100gm Turbo Scrub dan 100gm Turbo Lotion.
Kelebihan Produk Set Body Bleaching
- Ibu Putih sebagai bahan utama
Bahan utama yang digunakan dalam set body blaching ini ialah ibu putih. Untuk makluman ibu putih merupakan ibu kepada segala krim pemutih. Pati ibu putih ini juga bertindak sebagai booster untuk memutihkan kulit wajah dan juga badan. Ia juga adalah sejenis ibu kepada segala jenis krim untuk memutihkan wajah dan badan tanpa kesan sampingan. Pastinya pengguna yang menggunakan ibu putih akan mendapatkan kesan yang cepat untuk kelihatan putih dan cantik. Kelebihan dan kebaikan dalam pati ibu putih ini mampu menjadikan kulit anda cerah, gebu, lembut serta bersih sesuci kulit bayi.
- Mujarab Menghilangkan Daki
Pernah tak rasa eei geramnya dah gosok banyak kali tapi kesan daki masih ada dekat anggota badan. Dengan adanya Turbo Scrub dan Turbo Lotion dalam Set Body Bleaching ini, ia juga sangat mujarab untuk menanggalkan segala kotoran daki tegar yang terdapat di anggota badan sekaligus mampu mencerahkan kulit anda. Scrub dari set Body Bleaching ini juga bukan sahaja mampu memutihkan kulit wajah malah seluruh badan anda seperti dibawah pelipat-pelipat badan, ketiak, dan celah-celah paha. Ini akan menjadikan kulit anda putih berseri tanpa sebarang cela.
- Menghilangkan Sunburn
Lapisan ozon yang semakin menipis membuatkan sinar UV yang terpancar dari sinaran mentari menjadikan kulit kita mudah terbakar. Gaya hidup kita di zaman kini membuatkan kita lebih banyak menghabiskan masa berada di luar berbanding hanya duduk dirumah sahaja. Tanpa perlindungan yang cukup, sudah pasti anggota badan yang terdedah pada sinaran mentari akan mengalami sunburn. Sunburn adalah perkara yang tidak disukai oleh para wanita kerana boleh menyebabkan ton wara kulit mereka berubah. Dengan adanya Set Body Bleaching ini, anda boleh menggunakan Turbo Scrub kemudian sapukan Turbo Lotion di kawasan sunburn tersebut. Kulit anda akan putih berseri dan kelihatan awet muda tanpa ada lagi dwi tone selepas menggunakan Set Body Bleaching ini.
- Kesan Seperti Injection
Anda juga tidak perlu membahayakan diri untuk melakukan suntikan pemutih kerana kesan menggunakan set Body Bleaching ini setanding dengan kesan seperti melakukan suntikan. Wang anda juga mampu dijimatkan dengan menggunakan set Body Bleaching ini. Dengan syarat anda hanya perlu konsisten menggunakan Set Body Bleaching walaupun hanya melakukannya di rumah.
Kesan positif yang ketara dapat dilihat setelah menggunakan set ini secara konsisten. Pastinya orang sekeliling anda juga akan perasan akan perubahan kulit anda.
Cara Penggunaan Set Body Bleaching
Cara penggunaannya amat mudah, gosok sahaja kulit dengan Turbo Scrub, bilas kemudian sapukan Turbo Lotion. Rutin ini boleh dilakukan setiap malam sebelum tidur.
Rangkaian set Body Bleaching by Che Wani bukan seperti set biasa yang ada di pasaran. Set Body Bleaching ini sememangnya terbukti paling berkesan mencerahkan kulit dan mampu membuang sel-sel kulit mati serta menghilangkan daki di lapisan atas kulit badan dan celah-celahan terlindung tu seperti celah peha dan pelipat ketiak. Pengguna hanya perlu konsisten melakukan rutin penjagaan kulit dengan Turbo Scrub dan sapu Turbo Lotion tanpa perlu daptkan sebarang suntikan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan kulit yang putih berseri bak bidadari boleh segera Set Body Bleaching dengan harga RM89 sahaja.
Dapatkan Set Body Bleaching dengan menghubungi Che Wani melalui:
Whatsapp: +60169825688
Email: iswaniismail9@gmail.com