Assalammualaikum dan Salam Kasih Sayang untuk pembaca sekalian. Saya Azmawati Zohri, pemilik syarikat Adjem’s Creative.
Saya merupakan seorang Ibu kepada 4 orang cahayamata. Mempunyai jawatan tetap sebagai Household Managing Director sambil menjalankan bisnes online sejak dari tahun 2006 lagi sebagai pengasas MySabun.Com. Saya mengajar dan membekal bahan mentah untuk buat sabun cenderahati dan sabun kecantikan homemade. Anda boleh lihat pelbagai koleksi majalah dan sedutan rancangan TV yang telah memaparkan berkenaan kisah saya dan bisnes sabun saya di sini.
Walaupun bisnes saya berkaitan dengan produk sabun dan kraf, minat sebenar saya adalah merekabentuk & pembangunan laman web. Saya membangunkan sendiri laman web mysabun.com.my dan saya jadikannya sebagai tapak utk asah skill saya dalam website design.
Dengan adanya website, saya mampu beroperasi 100% secara online dan hanya berjumpa pelanggan berdasarkan temujanji sahaja dan tidak menerima walk in customer.
Kelebihan Mempunyai Website Sendiri
Atas beberapa sebab kesihatan dan keluarga, saya terpaksa “bersara seketika” dari dunia biz online. Hampir 3 tahun saya tidak lagi mengajar, tiada sebarang promosi atau update yang saya buat di website atau di sosial media untuk produk sabun saya. Tapi dalam tempoh ini masih ada customer baru yang call dan ada yang terus membuat pembelian di website. Mereka jumpa maklumat perniagaan saya setelah membuat pencarian melalui google.
Oleh kerana saya beroperasi menggunakan website sendiri, saya dapat tanam keyword penting untuk memudahkan enjin pencarian mencari website saya. Secara teknikalnya, saya masih lagi wujud di alam internet sebagai penjual produk sabun sehingga ke hari ini, walaupun hakikatnya saya telah bertukar kerjaya kepada yang lain.
Kerana inilah, saya mula nampak kelebihan website untuk peniaga online. Ia bukan sekadar sebagai kedai online sahaja, ia juga sebagai rekod kewujudan perniagaan kita di internet. Selagi mana website kita ada, selagi itulah info perniagaan dan status perniagaan kita akan kekal. Orang akan tetap mencari kita.
Jadi nasihat saya, kalau serius nak buat biz online dan kalau nak bersara tanpa perlu risau pasal duit (untuk anda yang masih bekerja makan gaji) anda perlu mulakan dari sekarang! Mulakan buat bisnes online dan online kan bisnes yang ada dengan website dan rajin2 berkongsi content dalam blog.
Walaupun anda popular di media sosial, anda masih perlukan website. Kerana dari sinilah ramai ready to buy customer akan datang dan mencari kita. Semua info yang anda letak di website tidak akan tenggelam dan akan timbul semula sekiranya ada yang membuat pencarian menggunakan keyword yang anda pilih. Berlainan halnya di media sosial, sekiranya anda tidak aktif semua post, gambar dan info yang anda kongsikan akan terus tenggelam dan hilang.
Sekiranya website anda dilengkapi dengan sistem pembelian dan pembayaran atas talian, ia akan lebih memudahkan hampir 80% urusan perniagaan anda. Anda tidak perlu lagi melayan pelanggan dan cerita berkenaan produk anda secara berulang-ulang. Hanya berikan link website, pelanggan anda boleh baca setiap detail info dari A-Z berkenaan diri anda dan produk anda.
Sekiranya anda ingin mempunyai website, boleh hubungi saya untuk membuat tempahan atau join kelas saya untuk belajar buat website sendiri.
PROJEK 1: HomeBizOnline.My
Jom Buat Bisnes Online & Onlinekan Bisnes Anda
Bersandarkan kepada pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia bisnes online, kini saya membangunkan website HomebizOnline. Platform ini khas untuk anda yang masih baru dalam dunia bisnes online, buntu & sedang mencari-cari peluang dan panduan untuk bermula. Matlamat utama saya adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang saya ada untuk membantu anda memulakan, menguruskan dan menjalankan bisnes online dengan cara yang betul.
Saya bekerjasama dengan Pakar & Team Online Marketing, pemilik-pemilik bisnes online dan kini dalam proses mengumpulkan pelbagai Panduan Ebook Ilmu Bisnes, kelas Coaching Bisnes Online dan Video tutorial untuk anda.
Anda boleh pilih dan belajar pelbagai ilmu bisnes, kemahiran, panduan langkah demi langkah untuk setup bisnes online anda sendiri. Pilih sahaja mana yang bersesuaian dengan minat, kebolehan dan bajet anda di sini. Koleksi akan ditambah dari masa ke semasa.
PROJEK 2: ADJEMZ.COM
Pencetus Revolusi Perniagaan Digital
Platform komuniti jualan ini ditubuhan bagi memberikan ruang dan peluang kepada peniaga memasarkan produk, perkhidmatan dan kemahiran mereka secara online. Kumpulan bimbingan juga disediakan bagi membantu peniaga memaksimumkan keuntungan perniagaan mereka di adjemz.com