Kebab Turki Asli Paling Sedap Paling Krunchy di Kuala Terengganu!!!!
Anda semua suka makan kebab?
Tak kisah la kebab pasar malam ke kebab orang arab ke kebab ‘food truck’ ke, yang pasti, makanan Timur Tengah ini sudah jadi pilihan makanan rakyat Malaysia.
Kebab yang asalnya adalah daging panggang yang dicucuk dengan besi pada kurun ke-18, dah ada banyak variasi. Yang paling popular adalah pemanggang kebab tegak yang dikenali sebagai ‘shawarma’ . Isi daging yang siap dipanggang, di hiris dan digulung bersama roti Lebanon atau roti tortilla. Kalau di Mexico mereka panggil Burito’S.
Bagi rakyat Malaysia, sebut saja Kebab pasti teringat isi daging atau ayam bersama timun cincang di sumbat ke dalam roti pita. Terhasillah Kebab Pita.
Walaupun kebab atau shawarma ini dipelopori oleh geng Pak Arab, masih ramai usahawan tempatan yang menjual kebab atas dasar permintaan yang berterusan.
Kenapa Kebab Kamil Kuala Terengganu perlu menjadi pilihan anda?
Kebab Kamil Kuala Terengganu berbeza dengan kebab yang lain. Kami cuba membawa kelainan berbanding dengan usahawan kebab tempatan yang sedia ada. Sebab apa? Sebab mahu pelanggan menikmati rasa asli kebab yang diperap dengan rempah Turki sebenar. Kami menggunakan roti tortilla dibakar sehingga rangup. Gigitan isi rempah asli Turki dan roti bersama sayur kobis ‘juicy’ memberi kenikmatan kerangupan ‘Krup! Krap! yang memberi identiti
‘Rasa Asli…Lebih Krunchy’.
Kelebihan Kebab Kamil Krunchy
Kebab merupakan makanan ringkas, tapi penuh khasiat mengikut piramid makanan. Karbohidrat ada, sayur ada lemak ada protein pun ada. Senang cakap ‘Full set’ la untuk orang jaga diet. Kami menggunakan daging lembu dan ayam tanpa lemak bersama sayur-sayuran yang segar.
Bagi menambah kesedapan dan keaslian rasa kebab, kami tidak menggunakan mayonis, sebaliknya menggunakan Sos Toum (sos bawang putih) buatan sendiri. Sos ini dihasilkan daripada minyak bunga matahari tanpa kolesterol dan bawang putih yang menjadi sumber mineral utama untuk kesihatan badan.
Kebab ini sebenarnya sesuai di makan bila-bila masa sahaja. TIdak terhad pada waktu malam seperti tanggapan masyarakat tempatan. Boleh dijadikan sarapan, makanan tengah hari dan juga makan malam atau dimakan sebagai kudapan.
Anak-anak yang tak suka makan sayur pun, boleh belajar makan sayur elepas menikmati kerangupan Kebab Kamil ini.
Cara Penyediaan
Kebab Kamil Kuala Terengganu tidak menggunakan mesin kebab, tetapi kami memanggang di atas ‘grilling pan’ kemudian di letakkan dia atas ‘skewer tegak’ buatan sendiri. Ini lebih cepat dan isi daging atau ayam, tidak terdedah kepada udara persekitaran terlalu lama. Cara masak berbeza tetapi hasil yang mantap.
Isi ayam atau daging yang siap kemudiannya disediakan bersama sayur kubis dan daun ketumbar yang dicincang halus ditambah dengan sos toum bersama sos cili.
Siap digulung, kebab kemudian di bakar kembali untuk mendapatkan kerangupan maxima.
Krup! Krap! dulu, baru tahu. Pastikan Kebab Kamil Kuala Terengganu pilihan anda sekeluarga.
Menu Pilihan
Kebab Kamil Kuala Terengganu buat masa ini hanya fokus kepada dua menu sahaja iaitu:
Kebab Shawarma Ayam
Kebab Shawarma Daging
Dengan harga:
Ayam besar : RM7 percuma air
Ayam kecil : RM5
Daging besar : RM9 percuma air
Daging kecil : RM7
Cheese : RM2
Pembelian hanya di Kedai Kebab Kamil Kuala Terengganu
Jom tengok apa kata pelanggan yang dah menikmati Kebab Kamil Krunchy Kuala Terengganu:
Tunggu apa lagi??? Dapatkan SEKARANG!!
Jangan turun dari kereta, drive thru sahaja!!
Nak COD, call atau whatsapp
Call : 013-6868085
Whatsapp : 013-6868085
Google Maps : Kebab Kamil
Dimiliki oleh:
Kamil Ibrahim Ent
SSM: 003191401-X
Kebab Kamil KT
907 A, Kg. Simpang Tokku,
Jln Kuala Berang, 21000,
K.Trg, TRG