Tahukah anda, cara terbaik untuk merawat kulit wajah ialah dengan menggunakan bahan organik seperti minyak zaitun? Dan wajah yang dirawat dengan produk berasaskan minyak zaitun akan kelihatan lebih sihat dan bersinar?
Kak Oma Organicare, Sabun Pencuci Muka Organik
Atas sebab inilah, Kak Oma Organicare yang diasaskan oleh Puan Saloma Abdullah, mengambil inisiatif untuk mengeluarkan sendiri rangkaian sabun pencuci muka organik berasaskan minyak zaitun. Menariknya, sabun pencuci muka ini kesemuanya handmade.
Namun, apa sebenarnya yang ada dalam minyak zaitun sehingga ia digunakan sebagai bahan utama dalam sabun pencuci muka Kak Oma Organicare, dan apa pula manfaatnya untuk kulit wajah. Jom ikuti kupasannya.
Manfaat minyak zaitun
Kajian menunjukkan, polifenol dalam minyak zaitun merupakan komponen utama yang bertindak sebagai agen antioksidan dalam tubuh. Ia bertanggungjawab untuk melindungi tubuh kita dari kerosakan akibat radikal bebas yang berbahaya.
Ajaibnya, minyak zaitun sama sekali tiada kolesterol, karbohidrat dan protein. Tapi, ia kaya dengan Omega-3 dan Omega-6, vitamin E, vitamin K dan zat besi. Ini bermakna sabun pencuci muka Oma Organicare sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Minyak zaitun dalam sabun pencuci muka Kak Oma Organicare dapat meningkatkan dan menghidrat kulit agar tetap lembap, halus dan anjal. Ia juga merawat jerawat dan memudarkan parut dengan cara menanggalkan sel kulit mati di permukaan kulit.
Kadar antioksidan yang tinggi dalam minyak zaitun membantu membentuk sel kulit baru, mengurangkan kedutan dan memperlahankan proses penuaan. Jadi, penggunaan Kak Oma Organicare secara konsisten dapat menjadikan wajah lebih muda, cerah dan berseri.
Teknik Cold Process
Istimewanya, pembuatan sabun Kak Oma Organicare menggunakan teknik cold process dalam proses pembuatan sabun pencuci muka ini. Teknik ini masih baru lagi di Malaysia jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
100% organik, selamat dan halal
Sabun pencuci muka yang dihasilkan menggunakan teknik cold process lebih berkualiti tinggi, kerana diadun dengan bahan organik, herba dan sayuran saja, tanpa sebarang campuran bahan kimia. Jadi, sabun pencuci muka Kak Oma Organicare sangat selamat dan halal digunakan.
Glycerin sebagai pelembap semulajadi
Teknik cold process juga menghasilkan glycerin semulajadi, yang sangat bagus untuk melembut dan melembapkan kulit. Teknik ini juga tidak menggunakan sumber haba dan api. Jadi, segala khasiat tumbuhan di dalam pencuci muka akan kekal terjaga.
Lebih creamy dan mudah menyerap
Melalui cold process, sabun pencuci muka Kak Oma Organicare yang terhasil adalah lebih creamy dan terasa sangat lembut apabila di sapu ke kulit. Ia sangat mudah menyerap, tidak meninggalkan kesan ruam dan gatal serta tidak mengeringkan kulit.
Tiada bahan kimia dan hampir tidak berbuih
Oleh kerana sabun pencuci muka Kak Oma Organicare dihasilkan secara handmade, ia sama sekali tidak mengandungi paraben, sls, bahan pewarna dan bahan pewangi. Malah buih yang terhasil juga adalah buih asli daripada minyak zaitun yang digunakan dan ianya sangat sedikit.
Warna semulajadi
Setiap sabun pencuci muka organik Kak Oma Organicare mempunyai warna khas mengikut jenis dan bahan utama sabun itu sendiri. Contohnya warna merah muda untuk sabun tomato terhasil daripada larutan tomato itu sendiri dan bukannya pewarna tiruan. Begitu juga warna kuning daripada kunyit hidup.
Bau wangi yang natural
Secara semulajadi, sabun pencuci muka Kak Oma Organicare hampir tidak berbau kerana hanya menggunakan bahan organik sahaja. Bau yang terhasil adalah sangat natural.
7 Jenis Sabun Pencuci Muka Organik
Hingga kini, Kak Oma Organicare telah menghasilkan 7 jenis sabun pencuci muka organik iaitu sabun kunyit, sabun kunyit madu, sabun beras oat, sabun beras madu, sabun kulit kayu manis, sabun tomato dan sabun betik.
Sabun Kunyit (50g)
Kak Oma Organicare hanya menggunakan kunyit hidup yang matang dan sihat saja untuk diproses sendiri menjadi serbuk sebelum dijadikan sabun. Bahan lain yang terkandung dalam sabun kunyit ialah minyak zaitun, beras pulut dan vitamin E.
Manfaat utama kunyit ialah antibakteria. Oleh itu, gabungan kunyit dan minyak zaitun dalam Kak Oma Organicare dapat merawat dan mengecutkan jerawat serta menghilangkan bintik hitam dan putih.
Sabun Kunyit Madu (20g)
Sabun kunyit yang ditambah madu pula dapat membantu melembapkan, melicinkan dan melembutkan kulit wajah secara semulajadi. Madu juga baik untuk merawat kulit kering. Hasilnya kulit lebih anjal, awet muda dan halus berseri tanpa solekan.
Sabun Beras Oat (50g)
Sabun beras keluaran Kak Oma Organicare hanya menggunakan beras pulut terpilih yang diimport khusus dari Thailand. Beras ini kemudian diproses sendiri untuk dijadikan serbuk. Ia ditambah dengan minyak zaitun dan vitamin E bagi menghasilkan sabun.
Beras secara semulajadi berfungsi untuk mencerahkan kulit wajah. Gabungan beras dan oat pula dapat memberikan kuasa pembersihan yang lembut namun berkesan, samping mencerahkan wajah secara semulajadi.
Sabun Beras Madu (20g)
Kak Oma Organicare hanya menggunakan madu asli untuk membuat sabun pencuci muka ini. Sifat madu yang antiseptik dapat memudarkan dan menyembuhkan kulit daripada sebarang kesan cela. Gabungan beras dan madu sangat berkesan menjadikan kulit bersih, licin dan cerah sekata.
Sabun Kulit Kayu Manis (50g)
Kulit kayu manis sememangnya terkenal dengan kuasa merawat jerawat. Tetapi tahukah anda, kulit kayu manis juga sangat efektif untuk menghapuskan sel mati pada kulit. Jadi, sabun kulit kayu manis ini sangat sesuai digunakan bagi merawat masalah kulit seperti ekzema, gatal-gatal dan ruam.
Campuran kulit kayu manis dan minyak zaitun dalam sabun pencuci muka Kak Oma Organicare pula sangat berkesan untuk mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah. Hasilnya wajah lebih muda dan licin tanpa kedutan. Malah penyakit kulit juga dapat dirawat.
Sabun Tomato (50g)
Sabun tomato Kak Oma Organicare sangat berkesan untuk merawat masalah kulit berminyak (sebum) dan menutup liang pori, kerana secara semulajadi tomato dapat menyerap lebihan minyak pada wajah dan merawat liang pori terbuka.
Jadi penggunaan sabun tomato Kak Oma Organicare secara konsisten dapat melicinkan kulit dan menaikkan seri wajah supaya lebih glowing dan cerah sekata.
Sabun Betik (50g)
Betik sangat kaya dengan asid alfa-hydroxy iaitu asid semulajadi yang melawan kesan pigmentasi, tompok hitam dan jeragat seterusnya menjadikan kulit bersih dari cela.
Jadi, penggunaan sabun betik Kak Oma Organicare bukan saja dapat menjadikan kulit bersih, cerah dan berseri, malah memberi efek sejuk, lembap dan nyaman kepada kulit.
Tips Penggunaan Sabun Cold Process Kak Oma Organicare
Sabun cold process berbeza sama sekali dengan sabun biasa. Baik dari segi manfaat mahupun kaedah simpanan. Jika mahu berjimat, sabun pencuci muka Kak Oma Organicare ini boleh dipotong kecil kepada 4 bahagian dan gunakan satu per satu.
Sabun Kak Oma Organicare yang sudah digunakan perlu di letakkan dalam bekas berlubang supaya air tidak bertakung. Ini penting supaya sabun tidak mudah lembik dan lebih cepat kering.
Bekas simpanan sabun Kak Oma Organicare juga sebaiknya dibiarkan terbuka. Jangan sesekali masukkan dalam bekas kedap udara bertutup rapat. Perlu diingat, sabun cold process perlu dibiarkan sentiasa kering supaya ia tahan lebih lama.
Berat setiap sabun ialah di antara 20g dan 50g. Jika digunakan dan disimpan dengan cara yang betul, sabun pencuci muka Kak Oma Organicare ini boleh digunakan sehingga 2 bulan.
Apa kata pelanggan kami?
Berikut merupakan testimoni daripada pelanggan setia kami. Mereka sangat berpuas hati dengan sabun pencuci muka keluaran Kak Oma Organicare.
“Sabun beras…best sebab rasa licin”
“Muka jadi glowing lepas pakai sabun Oma…”
“Sabun betik…kulit makin lembut, gebu dan cerah…”
“Sabun tomato…seronok kulit makin halus mulusss…”
Mereka semua sangat gembira dan bahagia dengan kulit yang semakin halus dan lembut. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda masih mahu membelai wajah anda dengan produk berasaskan bahan kimia?
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA, KASIHAN KULIT WAJAH ROSAK AKIBAT BAHAN KIMIA.
Dapatkan kulit wajah halus mulus tanpa cela dengan sabun pencuci muka Kak Oma Organicare yang 100% organik daripada pengedar sah kami.
Kami juga menyediakan servis cash on delivery (COD) atau ambil sendiri (self pickup) di kawasan Sungai Petani dan sekitarnya.
Puan Saloma Abdullah
Founder Kak Oma Organicare
WhatsApp : 017-6246023
Facebook : https://www.facebook.com/saloma.abdullah.9
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, boleh emailkan kepada kami di shahirahsukri01@gmail.com untuk maklumat lanjut.