Mendengarkan namanya sahaja sudah terasa gah apatah lagi bila memakainya.
Songket adalah sejenis kain tenunan tradisional melayu atau minangkabau yang popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Zaman dahulu songket di tenun secara tradisional menggunakan tangan dengan sisipan benang emas dan perak untuk menjadikannya kain songket yang lebih kemas, menarik dan memberikan kesan timbul pada permukaan kain songket tersebut.
Proses menyoket kain songket.
Nama kain songket itu sendiri sebenarnya terhasil daripada teknik membuat songket iaitu menyoket atau menyolek bunga (emas atau perak) pada tenunan sutera.
Kain songket tergolong dalam jenis kain yang berkualiti tinggi kerana kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket. Disebabkan itu, tidak hairanlah mengapa kain songket di labelkan sebagai kain yang mahal dan hanya di pakai oleh golongan bangsawan sahaja pada zaman dahulu sebagai lambang kemuliaan darjat dan martabat mereka.
Namun kini kain songket tidak lagi di gunakan untuk upacara tertentu seperti zaman dahulu. Dari segi bahan, cara pembuatan dan harganya juga sudah jauh berbeza. Songket juga boleh di pakai oleh semua golongan kerana harga kain songket yang berpatutan mengikut jenis kain.
Busana Kahwin dari kain Songket
Busana pengantin zaman dahulu.
Dari zaman dahulu sehingga kini kain songket dijadikan sebagai busana perkahwinan Melayu. Boleh di katakan ianya telah menjadi busana rasmi untuk pengantin raja sehari. Kalau dahulu, busana pengantin perempuan hanya tertumpu pada baju kurung sahaja. Kini design busana pengantin perempuan telah banyak dimodenkan.
Design busana pengantin yang semakin dimodenkan.
Kain Songket Pelbagai Guna
Kini seringkali kita lihat kain songket dijadikan sampin yang dipakai bersama baju melayu oleh kaum lelaki semasa perayaan, majlis kahwin atau tunang dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga, kain songket digunakan untuk pembuatan kasut dan beg tangan wanita.
Beg tangan dari kain songket
Kasut wanita menggunakan kain songket
Tidak dapat dinafikan, kain songket memang menjadi pilihan untuk busana pengantin, namun untuk membeli kain songket yang murah tapi berkualiti agak susah untuk dicari.
Kedai Kain Songket Pilihan Rakyat Malaysia
Bagi anda yang tercari-cari kain songket dengan harga mampu milik, sama ada untuk majlis perkahwinan atau keraian anda bolehlah berkunjung ke kedai kain songket Nur Razak Classics yang terletak di Lorong Bunus, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, berhadapan Coliseum Cineplex Kuala Lumpur. Kedai ini telah dibuka sejak tahun 1975, walaupun sudah lama beroperasi ia masih gah dan menjadi pilihan orang ramai untuk membeli songket.
Kedai ini terletak berhampiran dengan Jalan TAR, SOGO dan Masjid Jamek. Lokasi kedai yang strategik membuatkan kedai ini menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah, terutamanya ketika musim perayaan.
Kedai ini menawarkan pelbagai corak kain songket yang di import dari India dan Pakistan. Harga yang ditawarkan juga sekitar RM25.00 hingga RM600.00 bergantung kepada jenis, saiz atau kualiti kain songket. Harganya jauh lebih murah berbanding kedai lain.
Antara kain songket yang dijual di Nur Razak Classics.
Bagi kaum lelaki yang ingin mencari set persalinan lengkap baju melayu, sampin, tengkolok, songkok dan capal untuk majlis keraian, anda boleh lah membelinya disini.
Hasil tenunan songket dari India dan Pakistan ini tidak jauh beza dari songket Terengganu.
Tidak perlu risau, kedai ini tidak tertumpu pada kain songket benang emas dan perak sahaja, ada pelbagai jenis warna dan corak boleh didapati.
Songkok dan capal yang dijual.
Tengkolok pelbagai saiz boleh didapati.
Perkhidmatan membaiki barangan kulit, jaket dan zip.
Susah untuk mencari kedai baiki beg atau pakaian dari kulit? Zip rosak, koyak dan sebagainya. Anda digalakkan berkunjung ke kedai ini. Jangan risau harga perkhidmatan sangat berpatutan dengan hasil kerja Encik Razak yang sangat teliti dan cantik pastinya berbaloi.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kain songket mampu milik, berkualiti atau perkhidmatan membaiki barangan kulit. Bolehlah berkunjung ke kedai Encik Razak atau hubungi beliau.
En. Abdul Razak Bin Haji Ahmad
Whatsapp: 0192244829
Email: atanclassickl@gmail.com
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 7.00 malam
Alamat Kedai: Nur Razak Classic, No 3/107 Jalan Bunus, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.