Bila berbicara tentang coklat pasti ramai membayangkan coklat-coklat enak dari negara luar. Sukar sekali untuk mencari produk tempatan di dalam negara sendiri. Apatah lagi, coklat kini memiliki peminat-peminat tersendiri yang dahagakan kemanisan dan lemak isi coklat. Disebabkan itulah peminat-peminat coklat tempatan sanggup mencari seantero benua untuk mendapatkan coklat yang diidamkan.
Kini para peminat coklat di Malaysia tidak perlu bersusah payah lagi. Kewujudan Chocodap’s bakal mengakhiri penderitaan anda. Paling penting produk Chocodap’s merupakan keluaran Bumiputera yang halal dan mampu berdiri setanding dengan produk-produk antarabangsa. Seperti mana yang mereka janjikan, ‘Lebih Dari Sedap!’
Chocodap’s juga digemari oleh semua peringkat umur kerana mengandungi pelbagai jenis flavour yang mampu memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat. Terdapat 12 jenis coklat keluaran Chocodap’s. Apa yang lebih istimewa, setiap empat musim dalam setahun sejenis coklat khas akan dikeluarkan.
Jom kenali produk-produk keluaran Chocodap’s!
Mini Bite Milk Chocolate adalah coklat susu bersaiz mini. Dibaluti bungkusan comel amat memudahkan peminat coklat membawa ia ke mana sahaja. Sesuai untuk berkongsi rasa bersama insan tersayang.
Meteor Chocolite berbentuk serpihan meteor berwarna-warni. Coklat yang berbentuk seperti batu meteor ini amat rangup dan tidak memuakkan. Setiap kunyahan dipenuhi rasa coklat susu yang enak. Amat sesuai untuk dijadikan kudapan.
Buat yang gemarkan kerangupan almond di dalam coklat, Almond Milk adalah pilihan utama anda. Didatangkan dengan rasa susu coklat yang lemak-lemak manis namun tidak terlalu manis. Kombinasi yang cukup menyeronokan pada setiap kunyahan, rangup almond dan lemak manis coklat.
Tidak dilupakan buat peminat kismis. Chocodap’s turut mengeluarkan produk Raisin Milk bagi mereka yang sukakan kemanisan kismis di dalam coklat. Malah keunikan kismis terpilih ini turut disaluti rasa coklat dan susu.
Inginkan coklat yang memiliki kerangupan bijan dan almond serta rasa coklat susu berlemak manis? Maka Almond Sesame adalah jawapan untuk anda.
Bagi mereka yang bukan pengemar susu, Hazelnut Dark Choco adalah salah satu alternatif untuk merasai keunikan rasa coklat. Dark chocolate yang digunakan tidak terlalu pahit dan tidak terlalu manis. Amat sesuai untuk mereka yang berdiet, apatah lagi setiap kunyahan ditemani kerangupan kacang hazelnut.
Truffle & Yogurt mengandungi citarasa coklat yang pelbagai. Coklat truffle memiliki variasi rasa seperti hazelnut, mango dan chocoflakes. Manakala coklat yogurt pula memiliki rasa original, mango dan strawberry.
Buatlah pilihan coklat anda mengikut citarasa masing-masing tetapi tidak salah jika mahu mencuba pelbagai jenis variasi coklat.
Selain dijadikan makanan kudapan, Chocodap’s juga amat menepati keperluan untuk dijadikan hantaran/surprise kepada yang tersayang. Malah sesuai dijadikan door gift untuk pelbagai majlis juga bakal melebarkan senyuman penerima.
Buat mereka yang berminat untuk berniaga, produk Chocodap’s adalah produk mudah dijual. Bantulah diri anda untuk meningkatkan pendapatan dalam era penuh pancaroba ini. Tak percaya? Jom tengok antara artis yang sudah pun merasai kenikmatan Chocodap’s.
Linda Nawuwil bersama Chocodap’s
Zizan Razak bersama Chocodap’s
Dato’ AC Mizal bersama Chocodap’s
Perhatikan juga kepuasan dan kegembiraan pelanggan-pelanggan Chocodap’s ini!
Berminat dengan Chocodap’s? Jangan segan silu untuk hubungi saya:
NUR DIYANA BINTI ABDUL MUTALIB
Servis penghantaran (COD): SEREMBAN/SENAWANG
WHATSAPP: +60194756755
EMEL: diyana2911@yahoo.com