Sambal selalunya menjadi hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Kebanyakkan dari kita mesti suka makan sambal. Sambal merupakan makanan sampingan yang sememangnya membangkitkan selera apabila makan dengan nasi putih, ulam-ulaman dan sebagainya. Rasa pedas yang ada pada sambal itulah yang menyedapkan sesuatu makanan. Tidak lengkap selera seseorang jika tiada sambal dalam menunya. Bukan senang nak membuat sambal yang sedap. Ianya memerlukan bahan dan cara masakan yang betul barulah jadi sambalnya.
Sambal Kegemaran Rakyat Malaysia
Antara menu sambal yang menjadi kegemaran ialah sambal ikan bilis. Ikan bilis merupakan ahli keluarga bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan Genera Stolephorus dan Encrasicholina adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya.
Ikan bilis adalah antara makanan yang wajib ada di rumah. Andai nak cepat atau kurang selera makan, lauk ikan bilis boleh dijadikan sebagai lauk penyelamat. Jika dulu, ikan bilis boleh dikatakan lauk yang murah namun sekarang harganya melonjak tinggi. Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang ranggup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya. Ramai juga dikalangan ibu- ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng tidak ranggup dan kurang enak setelah disimpan.
Saya berikan beberapa petua untuk anda :
- Pilih ikan bilis yang berkualiti.
- Guna ikan bilis saiz sederhana.
- Selepas membasuh keringkan sepenuhnya.
- Gunakan cuka
- Gunakan minyak panas
- Goreng menggunakan api sederhana
- Tos minyak sepenuhnya.
- Simpan dalam balang kedap udara
- Goreng secara berperingkat
Namun kini terdapat pelbagai produk berasaskan sambal telah di komersialkan seperti Che’ Nor Sambal. Che’ Nor Sambal mula dikeluarkan pada bulan Februari 2015. Produk yang dikeluarkan oleh Che’ Nor Sambal pada mulanya hanya Sambal Garing Ikan Bilis sahaja.
Tetapi sekarang mempunyai 6 jenis sambal iaitu Sambal Kicap, Sambal Garing Ikan Bilis, Sambal Garing Ikan Bilis Super Spicy, Sambal Cheese Korea, Sambal Udang dan Sambal Tempe.
Selain itu, kelebihan dan kebaikan yang terdapat dalam Che’ Nor Sambal ini ialah boleh tahan sehingga setahun. Jadi boleh beli stok banyak-banyak untuk ibu-ibu simpan. Betul tak? Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai penyedap makanan. Kadang-kadang kita bila makan rasa macam tak lengkap kalau tak ada sambal. Bila dah ada sambal ni mudah jee buka dan sudukan sahaja.
Seterusnya, Che’ Nor Sambal ini jugak sesuai untuk di bawa bercuti. Iyelah bila kita pergi bercuti ni mana sempat nak masak. Dengan adanya sambal ni jadi semudah ABC bila tertiba lapar. Boleh juga di makan dengan roti. Sesuai juga untuk anak anak yang tinggal di asrama. Pelajar asrama selalunya suka makan maggi. Sesuai sangatlah sambal ini dimakan dengan maggi atau ramen. Che’ Nor Sambal ini jugak merupakan makanan segera yang sihat. Jadi jangan risau untuk makan setiap hari.
Menggunakan garam yang terbaik iaitu garam himalaya. Kebaikan yang lain pula, sambal ini dihasilkan dengan menggunakan ikan bilis gred terbaik. Pemilihan ikan bilis juga dititik beratkan untuk menghasilkan sambal yang sedap hingga menjilat jari apabila dimakan. Terakhir sekali, Che’ Nor sambal adalah citarasa terkini rakyat Malaysia. Sesuai dengan peredaran masa dan teknologi yang makin canggih. Dengan adanya sambal segera di pasaran dapat memudahkan kerja ibu-ibu yang berkerjaya mahupun suri rumah.
Ahaa! Mesti ramai tertanya-tanya berapa agaknya harga produk-produk Che’ Nor Sambal. Murah je semua orang mampu memiliki dan membelinya. Berharga RM 15.90 sahaja sebalang.
Jika anda ingin mendapatkan sambal yang super duper sedap ini boleh WhatsApp 013 3490 433 atau untuk mendapatkan info lebih lanjut anda boleh emel kepada neeza_ramli@yahoo.com
Jangan tunggu lama-lama untuk dapatkan Che’ Nor Sambal yang terhangat di pasaran ini. Tak menyesal mencuba. Beli sekali pasti akan repeat order lagi. Percayalah kerana makanan dan juga manusia tidak pernah dapat dipisahkan. Seperti aur dengan tebing. Begitulah jua kita dan makanan.
1 Comment

Sedap sangat sambal che nor ni dan banyak pilihan sambal yang ada. Terbaik che nor