Keenakan telur masin sebagai penambat selera memang tak asing lagi. Putih telur yang lembut menggedik dan warna oren yang lemak-lemak masin sememangnya menjadi pemecah selera. Sebab itulah telur masin selalunya dapat permintaan yang sangat tinggi terutama pada bulan Ramadhan terutamanya.
Bagi penggemar telur masin, saiz dan warna kuning telur adalah faktor utama yang sangat penting ketika membeli. Malah ramai pembeli mengakui sanggup membayar dengan harga yang agak mahal asalkan kualiti telur masin yang di beli setanding harga.
Telur Asin Jenama Patik
Kesukaran mendapatkan telur asin berkualiti tinggi ini telah mendorong sebuah syarikat bumiputera untuk menghasilkan telur asin yang halal, bersih, suci dan menepati citarasa pengguna, maka lahirlah Telur Asin jenama PATIK.
Telur asin PATIK di keluarkan secara automasi dari kilang dengan jaminan mutu dan kualiti yang sangat ketat. Kilang PATIK di bawah kategori IKS mula beroperasi sekitar tahun 2017 di Kampung Sawah Liat, Ulu Bendul, Kuala Pilah. Kini, PATIK telah mempunyai lebih 100 jaringan agen pemasaran seluruh Malaysia.
Rahsia Yolk Telur Berwarna Oren Terang
PATIK hanya menggunakan telur itik dari baka itik telur terbaik sahaja. Iaitu dari baka Khaki Champbell. Mengikut sejarah, varieti ini berasal dari England sekitar tahun 1940-an lagi. Diakui kadar penghasilan dan kualiti telur itik jenis ini jauh lebih tinggi berbanding yang lain. Malah telur itik ini diberi makanan khas bagi menjamin saiz telur yang besar.
Lihat ni, istimewanya telur asin PATIK ialah yolk telur yang berwarna oren terang. Warna yang terang ini dapat membuka selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Ini kerana semakin terang warna yolk, maka semakin berlemak rasa telurnya.
Rahsianya sudah tentu terletak pada air yang digunakan. Jika pesaing hanya menggunakan air paip sebagai bahan utama, tetapi tidak bagi PATIK. Sebaliknya PATIK hanya menggunakan air mineral semulajadi sebagai bahan utama proses pembuatan telur asin ini.
Menggunakan kedudukan ladang yang berhampiran kaki gunung sebagai kelebihan, PATIK menjadikan air bukit dari Gunung Angsi sebagai bahan utama.
Ini kerana, semakin tinggi kandungan mineral semulajadi air, maka semakin tinggi kualiti telur masin yang dapat dihasilkan. Di tambah dengan beberapa ramuan rahsia, maka terhasillah telur asin dengan yolk oren terang yang sangat menyelerakan.
Lemak-Lemak Masin Dalam 14 Hari Sahaja
Tempoh peraman telur adalah di antara 12 hari hingga 14 hari sahaja. Ini bagi membolehkan kandungan mineral semulajadi air bukit ini meresap masuk dengan sepenuhnya. Ketika tempoh ini, telur sentiasa diperiksa bagi memastikan kebersihannya berada pada tahap paling maksimum.
Proses peraman 14 hari maksimum adalah sebagai penanda aras untuk memastikan rasa telur hanya lemak-lemak masin sahaja. Tidak terlalu masin dan tidak terlalu tawar. Ini untuk pastikan telur asin PATIK dapat dinikmati oleh seisi keluarga, tanpa mengira usia.
Selepas tamat tempoh peraman, telur segera disalut dengan serkam padi. Seterusnya melalui proses packaging yang sangat teliti. Kesemua proses ini di lakukan dengan segera bagi mengelakkan telur terdedah kepada udara terbuka. Seterusnya mengekalkan rasa asli dan authentic telur masin itu sendiri.
2 Kali Ganda Tahan Lebih Lama
Penggunaan air bukit membolehkan telur asin PATIK mampu bertahan dua kali ganda jauh lebih lama, iaitu sehingga 6 bulan. Berbanding telur asin biasa yang menggunakan air paip hanya bertahan sehingga 3 bulan sahaja.
Piawaian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DSV) menetapkan, hanya telur itik bersaiz gred A, berat 65gram ke atas dan yolk telur oren kemerahan sahaja di kategorikan sebagai berkualiti tinggi. PATIK telah menggunakan piawaian ini sebagai penanda aras dalam proses pemilihan telur masin.
Malah, telur asin PATIK telah meningkatkan piawaian ini daripada hanya 65gram kepada sehingga 75gram bagi sebiji telur. Hasilnya, saiz telur yang dihasilkan jauh lebih besar dan pelanggan dapat menikmati keenakannya yang lemak-lemak masin dengan hanya sebiji telur sahaja.
Sebagai jaminan terhadap kualiti telur asin jenama PATIK, pihak pengeluar telah memberi jaminan ganti rugi produk jika di dapati kualiti telur asin yang di terima pengguna tidak menepati piawaian. Antaranya yolk telur tidak berwarna oren terang sebagaimana yang di maklumkan.
Jom Tengok Apa Kata Pelanggan Kami
“Sesedap rasa…boleh ratah begitu saja…”
” Sedap…warna oren yang cantik…”
“…tak pernah jumpa warna oren macam ni…anak-anak semuanya suka. Nak order lagi 10 biji…”
Pembelian secara borong.
Dapatkan Telur Asin Patik Dengan Segera!!!
Telur asin PATIK bukan sahaja enak di makan sebagai juadah pembuka selera. Turut sesuai dijadikan buah tangan ketika berkunjung dan hadiah kepada jiran tetangga ketika bulan puasa, sebagai pengganti kepada lauk pauk dan kuih muih tradisional.
Kepada bakal pengantin, telur asin ini sangat sesuai digunakan sebagai bunga pahar bagi menggantikan telur ayam biasa. Tentunya pelamin menjadi lebih berseri dengan warna putih bersih telur masin.
Telur asin PATIK di datangkan dalam packaging 4 biji per peket, dengan balutan yang kemas, bersih dan teliti. Juga boleh didapati dengan harga borong iaitu 24 peket sekotak.
Tunggu apa lagi, jom dapatkan segera daripada agen jualan berhampiran anda atau segera layari laman web kami untuk pembelian secara dalam talian.
Harga : RM 86.40 – RM 91.20
No. Whatsapp : +60136520286
Website : http://www.my-patik.com
Emel : patikinfinitysolution@gmail.com